Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Wednesday, August 12, 2009

Letih Berjuang ?


Insan ini nampak letih, umur sudah hampir mencecah lima puluhan tetapi masih mahu menjadi YDP daerah. Bagilah kepada yang lebih muda dan bertenaga. Daripada aksi gambar ini nampak macam baru menyembur ubat racun perosak pada tanaman. Baru menyembur atau baru kena sembur?

Musim ini warga JIM seMalaysia akan mengadakan mesyuarat agong tahunan samada MAD/MAWD bagi daerah dan MPN/MPWN bagi negeri. Manakala diperingkat pusat atau nasional PPN/PPWN. Cuma yang perlu kita beri perhatian lebih ialah tahun ini adalah tahun permilihan AJK. Maka gunakanlah segala kewarasan dan kebijaksanaan yang ada untuk memilih pimpinan yang sesuai dan terbaik. Jangan pakai tunjuk-tunjuk sahaja. Sila rujuk kepada pimpinan daerah masing-masing, selalunya kita telah membuat cadangan untuk pimpinan yang bakal dicalunkan. Perkara ini amat penting untuk menyambung kerja-kerja khususnya yang melibatkan RJIM2 itu sendiri.
Tunjuk ajar dari yang berpengalaman amat perlu untuk golongan muda menyambung perjuangan murni ini.
Kita di dalam organisasi JIM bukan sahaja telah mengariskan beberapa panduan pemilihan AJK tetapi telah dijadikan usul untuk memasukan beberapa AJK muda, pelapis yang umur dalam lingkungan tiga puluhan di dalam pemilihan tahun ini. Usul ini dibuat mengambil kira untuk menguatkan lagi saf-saf untuk masa hadapan. Maka cari-carilah anak muda yang tepat dan sesuai.
Hj Taufek Abdul Rahman yang di tengah itu merupakan calun YDP JIM PP sesi hadapan yang dicadangkan oleh Ir Hj Jamaludin dan beberapa pimpinan Negeri dan daerah. Memang dikenali ramai, mudah mesra, berkeupayaan tinggi dan banyak terlibat di dalam isu-isu tempatan.

Perlu diingatkan fenomena ini tidak bererti yang tua atau yang lama ini boleh berehat. Apalah ertinya kita berehat jika sisa tenaga dan umur ini masih diperlukan untuk bersama memacu dakwah dan kebajikan ini. Mari kongsi pengalaman, mari kita bimbing, mari kita beri pandangan, mari kita nasihati mereka yang memerlukan.

Letih memang letih, kita bukan robot seperti ‘transfomer’ tetapi tergamak kita selepas melantik pelapis, kita tinggalkan begitu sahaja tanpa apa-apa panduan dan pertolongan. Masa rehat kita berbeza, ada yang hampir tiap-tiap malam tidur lewat, bukan menonton TV tetapi membuat kerja-kerja dakwah dan kebajikan. Mereka ini juga di pagi hari harus sampai awal di pejabat. Begitulah rutin hidup mereka. Cuma rehat sementara mereka di dunia ini untuk melaksakan hak badan.

Dari kiri Isahak, Cikgu Rusli dan Asrul. Isahak telah dicadang meneruskan tugas sebagi SUN untuk menlancarkan yang sedia ada. Beliau akhir-akhir ini lebih lantang menegakkan isu Syariah Islam.

Mereka ini inginkan rehat yang sempurna di Alam Sana di Taman Syurga. Semoga Allah SWT kabulkan. Amin. Jangan nanti Allah SWT rehatkan kita pada ketika yang tidak kita sangka-sangka dengan penyakit-penyakit seperti lumpuh, stroke atau yang hilang upaya dengan sebab-sebab tertentu. Masa itu tidak perlu lagi ke sana-sini.

Allahu Akhbar minta dijauhkanNya.

4 comments:

SHAHIDAN SAAID said...

semoga Allah bersama kita dalam perjuangan menegakkan syariah dibumi Malaysia...

spy said...

bila dok bersembang dgn orang alim atau golongan ustaz sebenarnya apa yg berlaku kpd kita memang disebabkan sikap kita sendiri.

Allah bersangka apa yg kita sangka.Contoh..kita dah berjanji nak ikut program tarbiah..aleh-aleh kita asyik tuang tak pergi program (alasan kita bagi.letih la,kucing beranak la,anak tidur kesian nak gerak anak,tah macam2 alasan yg orang lain pun kena senario yg sama tapi boleh datang program)..

jadi..dah kita nak sangat kita jadi macam tu maka allah perkenankan sangkaan kita tu...

maka..kalau kita dah terkena sangkaan seperti itu MAKA cepat2 lah kita bertaubat kpd allah..berbanyak-banyaklah bertaubat DAN KEMBALI kpd apa yg telah kita berjanji..langkahnya seperti orang bertaubat nasuha..

takpa la JH selamat memimpin jemaah yg JH ceburi..kan jemaah JH semakin popular..

hentian said...

letih jasad tapi hati puas. itukan lebih membahagiakan.

Maiyah said...

salam.. semoga perjuangan berada dalam landasan yg bijaksana dalam menegakkan kebenaran