Bahagian Akhir – Penutup KEMUDI
Selepas semuanya berpeluh aku terus menyumbangkan sedikit-sebanyak pengetahuan silat aku. Dari mula lagi semua peserta diminta membawa bersama kain pelikat atau kain batik. Kami kira ada 10 manfaat yang boleh diambil dari kain ini dan salah satu darinya adalah sebagai senjata. Aku pun tunjukan sedikit cara-cara menggunakan kain ini untuk menangkis serangan musuh. Aku pernah berjanji dengan guruku agar tidak menunjukan pelajaran Gayong kepada yang bukan murid Gayong. Namum aku juga pernah melihat dan bersama guru utama kami mengajar beberapa serangan khas kepada rakan-rakan perguruan lain semasa peristiwa Kampong Rawa dahalu. Maka aku mengambil keputusan ilmu ini perlu dikongsi bukan disimpan tetapi ada cara dan kaedahya.
KEMUDI 2009 menampakan ramai dikalangan remaja puteri. Mereka sungguh bersemangat dan sentiasa memberi kerjasama. Ada yang telah biasa dengan program JIM dan KRJ tetapi ramai juga yang baru.
Tugas seterusnya aku bersama Dr Roslan diberi amanah mengendalikan aktiviti berakit. Satu kumpulan cuma dibenarkan menggunakan lima batang buluh dan lima tiub kereta. Maka berbagai reka bentuk daripada 12 kumpulan rakit kesemuanya. Cuma 4 orang sahaja dibenarkan belayar dalam satu rakit yang lain menjadi ‘lanun’ menyerang rakit-rakit ini dengan ‘bom air’. Tugas mereka disamping belayar ke destinasi tertentu mereka diminta menangkap tiga ekor ikan hidup dan cuma satu kumpulan sahaja yang berjaya melaksanakannya. Penat juga mengurus rakit-rakit dan lanun-lanun ini.
Petang itu hujan lebat dan aktiviti “hubbul akh wal usrah’ dibatalkan dan kami mengambil keputusan membiarkan sahaja peserta berehat kerana melihat mereka terlalu keletihan juga. Apa lagi xtvt ‘meningkatkan pengeluaran air liur basi dan tahi mata’ jawabnya.
Rakit sedang diserang oleh 'lanun-lanun'. Hairan juga kenapa 'lanun-lanun' ini berapa di dalam sungai bukan kah mereka telah dihadkan di ats tebing sahaja? Lanun katakan.
Sewaktu majlis penutup peserta diminta memberi komentar masing-masing. Ada beberapa perkara yang aku belajar untuk memperbaiki program sebegini. Terima kasih kepada mereka yang telah memberi komentar yang amat membina mengenai batas pergaulan dan cintai alam sekitar. Semoga dengan ada ‘check & balance’ sebegini dapat memperbaiki lagi sesuatu program itu.
Johan IRONMAN jatuh kepada JIM SPS yang diketuai oleh Syafiq. Beliau memang menjadi orang kuat di SPS dan pakar dalam bidang 'advantures'. Untung JIM SPS mempunyai tenaga sebegini.
Hari itu kami semua amat letih tetapi puas. Puas kerana telah dapat bersama menuaikan tugas masing-masing. Sebagai peserta mereka cukup patuh dan memberi kerjasama. Sebagai AJK kami telah membuat yang terbaik untuk KEMUDI 2009. Semua peserta telah balik kami AKJ masih menunggu kerana perlu diselesaikan beberapa perkara penting.
Harap Allah SWT pertemukan kita di KEMUDI 2011 insyaAllah.
5 comments:
salam.. mmg puas kalo dpt selesai aktiviti kita, pas nih bleh relax ler
Jzkk (jazakillah), terima kasih Pn Maiyah kerana sudi memberi komentar.
Sesungguh hidup ini mempunyai dua hubungan, pertama dengan Allah SWT dan kedua sesama manusia.
Kedua-duanya perlu dilaksanakan sebaik mungkin dan mengikut kadarnya.
Beri keutamaan kepada yang utama dan berdoalah agar usaha kita tidak kira kecil atau besar pasti mendapat ganjaran di sisi Nya.
Salam..tugas sebagai ajk tak habis disitu,semasa dlm pjalanan balik ada kereta peserta yg rosak..berhenti tengok apa yg patut..pastu kena le hantar peserta balik rumah dgn selamat
Salam,
ada yg kereta rosak, trsngkut di banjir dll..
tp Alhamdulillah, ana dimudahkn urusan..konvoi 3 kereta dgn Ansari jadi pandu arah..Pusing pnya jauh, smpai mata naik letih..tp alhamdulillah, banjir dapat dielakkan dan sempat hantar pelapis dr JMTI tepat jam 7.00pm..
Jzkk kpd smua AJK tertinggi serta pihak yg trlibat..Moga Allah jua mmbalasnya kelak~
Antum jangan serik untuk jadi peserta atau ajk untuk KEMUDI yang akan datang InsyaAllah.
Salam Ramadhan Al Mubarak.
Post a Comment