Mat dan aku sering bersama dalam mana-mana program . Kami masuk JIM sejak awal-awal penubuhannya. Ke sana-sini bersama sahabat-sahabat lain dan keluarga.
Jam menunjukan 3.00 pagi dengan perlahan aku berjalan masuk ke bungalow AJK. Sobri anak keempatku telah lama dibuai mimpi entah ke mana. Aku rebahkan badan. Tiba-tiba suara Harryzan dari dewan induk melauangkan “As solah tu khaiirul minan naum” beberapa kali. “Aik ! bila aku tidur nie, tak rasa langsung”. Rupa-rupanya sudah jam 5.30 pagi. Aku bangun terus mandi. Jika tidak bilik air akan ‘full house’.
Mereka merupakan peserta yang terbaik patuh dan berlapang dada menurut arahan walaupun ada dikalangan mereka ini pelajar, peguam, pengurus syarikat besar, pensyarah IPT dan sebagainya.
Tugas aku pagi itu adalah untuk mengendalikan PATT Perdana (Pagi Ahad Tidak Tidur). Aktiviti sebegini telah menjadi program wajib mingguan JIM SPT dan Empangan Tasik Mengkuang menjadi destinasi kebiasaan pertemuan kami. Beriadah bersama sahabat dan keluarga. Bersantai dan bersilaturahim. Makan dan berbincang bersama. Tetapi pagi itu aku kena kendali senaman untuk peserta KEMUDI. Jenuh juga aku fikirkan apa yang patut aku buat. Shahidan mencadangkan menggunakan LCD untuk beberapa video senaman untuk dipertuntunkan dan diikuti. Ini satu ide yang bagus aku mengikut sahaja.
Shahidan yang memegang poster di sebelah kanan, kami bersama di dalam program "Selamatkan Gaza & Boikot barangan US/Israel Zionis".Syukur aku mendapat teman seperti Shahidan, walaupun agak muda tetapi cukup mesra, kerjasamanya yang tinggi dan 'tahan lasak'. Walaupun dianggap baru namun pergaulannya setanding dengan orang lama. "Anyway you should increase your skill in paperwork and follow up". Setiausaha KEMUDI katakan.
"Same to me & nothing less".
1 comment:
salam.. ramai gak ye, kalo wat macam senaman tu mmg bagus, utk OKU takde?.. tanya lagi hehe
Post a Comment