Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Thursday, August 20, 2009

Menyusuri Liku-liku KEMUDI 2009


Sedim Eco Theme Park & Resort destinasi KEMUDI 2009 memberi suatu ketenangan, suasana semulajadi yang nyaman dan kehangatan 'hubbul akh wal usrah'.

Bahagian 1 - Pengenalan KEMUDI
Salam. Alhamdulillah. Barakallah saudara dan saudari yang dikasihi sekelian. Dengan izin Allah SWT warga JIM – Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia Negeri Pulau Pinang telah selamat dan berjaya melaksanakan KEMUDI 2009. KEMUDI adalah singkatan "Kem Membina Keunggulan Diri" yang telah diamalkan oleh JIM Pulau Pinang sejak beberapa tahun dahulu. Ianya pada permulaan adalah merupakan satu platform untuk melatih dan memilih calon-calon Pulau Pinang ke PERKASA, singkatan daripada Perkhemahan Semangat Waja anjuran JIM Pusat. JIM Barat Daya merupakan perintis awal program KEMUDI ini. Seterusnya diserahkan kepada daerah lain dan akhir-akhir ini JIM SPT dengan RINTIS Outdoor Venturesnya bersama dibantu oleh beberapa tokoh lain telah menjadi penganjur dan pengendali kepada program yang berbentuk kekeluargaan, santai, rehat dan rawat ini.

Suapan kasih, sehingga menantu di sebelah pun tak sedar. Berhenti di setesen minyak setelah mengisi minyak petrol, maka perut juga perlu diisi.

Warga dan sahabat JIM yang lama pasti tidak akan melepaskan peluang bersama di dalam salah satu program tarbiah bermuqayam ini. Dengan niat yang murni untuk mencari keredhaan Allah SWT, niat untuk mendidik dan mengasuh diri secara jamaah dan dengan niat untuk bersama keluarga dan sahabat-sahabat, KEMUDI telah menjadi diantara program yang amat digemari. Ini ialah masa untuk bermusafir, berkenderaan, beraktiviti, tidur dan makan bersama. Aktiviti JIM lebih meluas dan tidak tertumpu di dewan-dewan berhawa dingin sahaja.

Walaupun bangalow indah ini diperuntukan kepada urusetia tetapi sekadar meletakan barangan dan merebahkan badan untuk beberapa minit sahaja.

Para peserta telah faham dengan bersusah payah bermuqayam atau berKEMUDI ini akan menjadi latihan praktikal untuk menyiapkan diri dan keluarga menghadapi cabaran yang mendatang dan tidak menentu kelak. Tanggal 15 Ogos 2009 memang menjadi hari yang dinanti-nanti bukan sahaja kepada peserta malah ajk dan urusetia. Setelah menangguh tarikhnya beberapa kali dengan masalah tertentu maka tarikh ini telah dipilih dengan syura. Inilah tarikh yang diputuskan terbaik untuk semua, insyaAllah.

"Testing satu, dua, tiga". Itu bukan mikrofon Syafiq ooi, itu tulang kambing. KEMUDI kali ini kami dihidangkan dengan BBQ dan kambing bakar dua ekor.

Jawatan Kuasa Tarbiah dan Pembangunan Sumber Manusia Negeri telah dipertanggung-jawabkan untuk memantau perjalanan KEMUDI ini. Hj Atan Darus , Zulkarnain Ahmad, Ustaz Rozee Abdul Razak dan Cikgu Rusli adalah nama-nama yang disebut-sebut untuk menjadi pengarahnya. Mereka adalah tenaga kerja penting di dalam KEMUDI memegang tugas induk samada Kem Komanden atau Pengarah. Setelah bermesyuarat beberapa kali maka terlantiklah Penguam Mustafa Basri Timbalan Yang Dipertua JIM Negri Pulau Pinang, sebagai Pengarah KEMUDI 2009 dengan semangat dan bantuan AJK yang lain turut bersama sebagai tulang belakang KEMUDI.

Ibu-ibu dan anak-anak pasti tidak akan melepaskan peluang berKEMUDI kerana aktivitinya insyaAllah ceria dan menyeronokan. Acara PATT perdana. (PATT- Pagi Ahad Tidak Tidur)

Tempat Sedim Eko Team Park telah dipilih atas dasar majoriti AJK telah biasa dan ada pengalaman di sini. Kesesuaiannya meliputi kemudahan asas dan suasana semula jadi yang sangat nyaman dan jauh dari tumpuan awam. Aliran air sungainya yang bersih dan yang tidak terlalu deras dan mengalir dalam bentuk ‘U’ memudahkan panganjur memantau aktiviti air. Tambahan pula hubungan intim dengan pekerja dan majikannya juga menjadi faktor penting.

3 comments:

Maiyah said...

salam hehe.. kasih nya.. beruntunglah kakak

hentian said...

ye la tu.. sayang isteri tinggal-tinggal...eh... suap-suapkan...

sejak bila pulak ada menantu?

b said...

saLam,,fuh, begitu tegar skli peserta irOnman kali ni..mmg mncabar soalan2 diberikn hingga x ckup masa..lpas memanah je, nk gerak p Sedim..alih2 bleyh sesat pla..lg 4km nk smpai Mahang..:(

Dgn keletihan fizikal serta mental, ditambah pla waktu dh mnjangkau 9.30pm, akhirnya kmi tiba jua dgn slamat..Alhamdulillah..

Diri ini ada jga berfikir, adakah lpas ni nk jd irOnman lg?? mMm..