Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Wednesday, August 26, 2009

Menyusuri Liku-liku KEMUDI 2009 Bhg 3

Macam askar Jepun kalah perang saja. Begitu patuh para peserta KEMUDI mengayakan senaman pagi.

Bahagian 3 – Hari Pertama KEMUDI
Aku ambil cuti pada hari Jumaat 14 Ogos 2009 itu sehari sebelum KEMUDI. Diantara sebab aku ambil cuti ialah kerana untuk persiapan KEMUDI juga. Beberapa perkara perlu disemak, dicari dan diteliti agar pada hari itu tiada yang tercicir atau tertinggal. Kereta perlu diperiksa, barang-barang ‘wargame’ perlu disiapkan, pakaian dan segala ‘mak-nenek’

AJK pada kali ini tidaklah ramai apatah lagi ada pula yang menarik diri disaat-akhir. Jadi kena bedak sorang sikit. Penat juga tapi demi untuk KEMUDI kami rela. Ini yang aku hendak kita pekakan. Jika kita terlantik memegang sesuatu jawatan atau amanah maka jika kita ada masalah janganlah sekadar, “Ana letak jawatan ada masalah penting sangat dan tidak boleh elakan”. Ya, boleh letak jawatan jika terpaksa tetapi kita kena buat sedikit ‘homework’. Beramanahlah dengan mencari pengganti yang sesuai walaupun disaat-saat akhir. Atau bertanya khabarlah untuk menyantuni sahabat-sahabat AJK tersebut pada masa-masa tertentu.
AJK pun tidak ketinggalan bersama peserta melakukan aksi-aksi menarik ini.

Pagi itu aku sudah berjanji dengan Shahidan dan Khairul SPU untuk bertemu di rumah Hj Atan di Taman Baru Seberang Jaya seawal 7.30 pagi. Memang lokasi ini selalu menjadi tempat berkumpul dan meletakan kereta. InsyaAllah selamat. Khairul ‘call’ tak boleh ‘convoy’ bersama dan terpaksa pergi sendiri. Aku faham mungkin beliau ada masalah tersendiri. Destinasi kami ke KJPP (Kompleks JIM PP) untuk bantu Zul memberi taklimat dan pendaftaran IRON. Pakat punya pakat ramai AKJ yang membantu, Hj Fek, Mus dan SUE Pn Ros turut hadir.
Aku sungguh ‘respect’ dan simpati kepada Khairul, walaupun isteri sakit (turun darah) tetapi telah melaksakan tugasannya pagi itu. Membantu di KJPP kemudian menyiapkan bendera untuk ‘flagoff’ dan diserahkan kepada Dr Roslan SPU. Beliau kemudian meminta Shahidan mengambil alih tugas-tugasnya yang lain. Ini satu contoh yang baik dan perlu kita ikut. Beramanah walaupun ada masalah.

Zul nampak cukup bersungguh-sungguh dalam taklimat IRONnya agar IRON mendapat maklumat yang tebaik dan jelas. Satu persatu kereta IRON dilepaskan siap dengan peringatan dan doa. Suatu yang menarik, ada beberapa pemandu yang baru pertama kali belajar bagaimana boleh kita ‘reset counter’ jarak perjalanan. Bagus juga jika tidak, sampai bila pula mereka ini akan mendapat pengetahuan sebegini.
Ibu-ibu, kakak-kakak dan anak-anak khusyuk mendengar kuliah yang disampaikan oleh YDP Barat Daya Sdr Mohd Tuah. Bertuah mereka yang berkesempatan mendengarnya.

Selepas semua kereta IRON dilepaskan kami singgah di Medan Selera Sg Nibong. Cadang hendak makan roti bakar yang diusahakan oleh isteri Arif Budiman yang baru itu, tetapi pada pagi itu warungnya tutup.

Dalam Tresure Hunt IRON aku dan Dr Roslan ditugaskan di SUMMIT Bukit Mertajam. Lama menunggu banyak pemerhatian yang kami dapat dari gelagat manusia di kompleks membeli-belah ini. Bukan itu sahaja hampir kesemua kedai-kedai kami ‘tawaf’. Tugas IRON peserta ialah mendaftarkan dua ahli baru JIM menggunakan borang 01 siap dengan gambar dan yurannya sekali. Nampak susah tetapi bila digunakan kreativi dan sedikit petunjuk mereka dapat juga melaksanakannya dengan baik. Ada sekurang-kurangnya tiga kaedah untuk mendapat borang JIM 01 ini. Petama di CC, ‘cyber café’ kerana di SUMMIT memang ada beberapa CC. Kedua melalui e-mail daripada setiausaha (SU) JIM, tidak kira daerah, negeri atau pusat. Akhirnya minta terus dari SU terdekat. Contohnya SU JIM SPT sdr Abu Hanifah.

Tidak susah rupanya jika hendak mencari ahli baru. Jika di kompleks membeli-belah pun mereka peserta IRON boleh melaksanakannya apatah lagi kita yang telah lama berkawan dan mempunyai pengalaman dan pengaruh di sudut dan tempat kita sendiri.

Fikir-fikirlah.

5 comments:

Maiyah said...

salam.. byk ye aktiviti kemudi nih, utk OKU takde ker heeee

hrusli61 said...

Pn Maiyah, insyaAllah jika ada peluang kami cuba membuat xtvt yang pn dan rakan-rakan lain boleh sertai.

Ini satu ide yang baik. Semoga dipermudahkan.

spy said...

saya tertarik diatas sikap saudara dan kawan saudara mengambil alih tugasan yg diCAMPAKKAN keatas bahu ajk lain..bukan apa coz last minit..but u all boleh buat sempurna..tabik tuan

yg dok buat perangai mcm tu insaflah..berterus tranglah

b said...
This comment has been removed by the author.
b said...

saLam,
fuh, spy tembak rapat tue..

TP mmg best la cri ahli baru kt Summit..Sayang skali tika ana diminta share oleh Akhi Rusli, lupa ana kpd kes ana ber'debate' dgn tiga org wanita yg ingin mengetahui apa itu JIM..1st impression, depa kata JIM ni satu geng dgn Abu Sayyaf ke??
So, di sini ana berseorangan mnjawab satu demi satu persoalan..ALhamdulillah, dgn tarbiah dan sdikit pngetahuan, mereka faham n akur..TP syg seribu kali syg, ana masih x dpt mmbuka hati mereka utk jOin JIm.. :(
TP ana mmg ska aktiviti cmni..yela, kt Summit 2 faham2 la..nk msuk pun tkut coz rasa bukn kt M'sia lg dah.