Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Thursday, January 21, 2010

18 Januari 2010 Isnin Yang Malang ?


Semasa aku di Jepun untuk latihan industri, aku perhatikan mereka memang rajin bekerja. Kerap-kali mereka balik rumah lewat dan itu menjadi kebanggan para isteri mereka.

"Awang, hang ada masa email kat e-group hang, tapi hang tadak masa, nak amik duit kat aku dan pi bayar LOAN (pinjaman) atas nama hang. Last week aku bok keluar duit RM2400 and aku tak senang duduk, sebab dok bawa and simpan duit banyak dalam poket. Last week bukan ka hang kerja half day. Awat tak pi bank in.?" Kata sdr Samad kepada Awang.

"Lain kali aku bok keluar bila hang mai tempat aku jaa. Hari ni duit aku tinggal kat rumah. Hang nak pi bank bila pulak ? Tolong prioritize kerja anda. Mana yang lebih penting. Send email or clear nama kat bank yang bayaran tertunggak tu, sebelum anda kena saman dengan bank? Tak kan tu pun nak kena org tolong pikiaq kot. Maaf noo, jangan amik hati. Aku pagi Isnin memang macam ni." Sdr Samad menyambung lagi.

"Elok la. Sabtu dan Ahad lepas aku kena latu dengan isteri aku. Sepanjang siang aku kena drive dan dengar bebelan dia. Tidur jam 2 pagi. Letih rohani dan jasmani. Pagi ni bos pula tegur aku pasal pending (tangguh) kerja. Lepas tu baca email hang ni. Bukan aku tak terfikir nak ambil duit dari hang tapi aku terlupa bila time balik terus pi ke kereta tak singgah meja hang. Sebab itu aku pesan bawa duit kat kantin atau hang tolong bank in kat aku. Aduhai. Nampaknya pagi Isnin ni pagi malang aku." Awang terus menjawab seolah-olah meminta simpati dan difahami masalahnya.

"Yang ni la dipanggil kehidupan! Aku pun, anak aku masuk wad. Takpa, aku nanti pi bank in. Hang buat la, kerja hang yang lain. Aku memang nak pi bank pun." Samad mula tenang dan meneruskan perbualannya.

"Terima kasih la sebab tolong bank in. Aku doakan semuga kita dikuatkan semangat dan tabah dalam menghadapi ombak kehidupan." Jawab Awang lega. Aku tersenyum sumbing setelah tamat membaca email mereka.Lain pula kisahnya dengan aku hari Isnin itu aku OK.

'Auto charger and dischager' salah satu mesin yang menjadi tanggung-jawabku. Sebuah mesin berasaskan pergerakan robot menbuat operasi pemasangan tanpa bergantung tenaga manusia sepenuhnya.

Inilah satu dialog di dalam email yang aku terima sebagai orang tengah. Namun aku kurang setuju dengan tangapan 'hari Isnin hari yang malang' atau 'hari Isnin hari yang tiada semangat dan 'hari Isnin hari yang membosankan'. Kenyataan sebegini keluar mungkin setelah sebelum itu dua hari cuti iaitu hari Sabtu dan Ahad, maka hari Isnin kita merasa malas hendak kembali bekerja. Bagi aku semua hari itu sama cuma kita yang merasanya berbeza kerana disandarkan hari itu kepada 'mood' atau perasaan atau semangat diri.

Hari Jumaat menjadi hari kegemaranku kerana kami akan keluar solat Jumaat dengan bas kilang. Berbagai kerenah dapat dinikmati disepanjang perjalanan pergi dan balik ke masjid.

Ini juga terjadi pada anakku sendiri pada hari Isnin yang sama 18 Januari 2010. Pada mulanya beliau begitu bersemangat dan seronok hari itu. Mana tidaknya, beliau hari itu akan pergi mendaftarkan untuk memasuki kelas memandu kereta. Wang pendahuluan telah diperolehi olehnya hasil dari sebahagian barang kemas ibunya yang lama yang dijual oleh ibunya di kedai emas di Balik Pulau. Kononnya sekarang harga emas tinggi dan masa yang baik untuk dijual. "Bang cincin pertunangan ini boleh dijual ke? Tanya si ibu kepada si ayah. "Boleh itu hak Ida jika fesyennya tidak lawa lagi jualkanlah". Jawab si ayah. Semasa semakan di pejabat belayar memandu, anakku merasa keciwa kerana ada satu saman yang belum selesai daripada JPJ kerana pernah dahulu beliau tidak memasang tanda 'P' pada motosikalnya. Jadi tidak boleh daftar belajar memandu keretalah jawabnya. Beliau pulang dengan penuh kekeciwaan dan telah menyatakan "Kenapa hari ini hari malang adik?"

Bagi aku pada hari Isnin yang sama itu lain pula. Aku pergi kerja awal sehingga ditegur kakak yang menumpang aku ke tempat kerja, "Li mai awal hari ini". Sapa kak yang bersama aku ke tempat kerja. Mujur ada yang menumpang sama setidak-tidaknya perjalanan harian aku ke tempat kerja tidaklah membosankan. Ada juga kawan bercakap. Sepanjang pemanduan pagi itu aku banyak beralah dan memberi laluan kepada si pemintas yang datang dari belakang. Telah aku pasang niat biarlah bukan nak rugi sangat. Pada pagi Isnin itu juga akau dapat menyelesaikan tugasan di tempat kerja yang agak terlewat yang sepatutnya hari Jumaat sudah dibereskan. Juga telah membantu seorang rakan sekerja menyelesaikan tugasannya pula .



Sampai di rumah setelah balik kerja, aku diminta menghantar isteri pergi dan balik ke Seberang Jaya untuk kelas mingguannya lantaran rakannya tidak hadir hari itu. Diminta singgah pasar malam membeli makanan 'laksam dan jeli kelapa' yang dipesan isteri dan anak. Kemudian diminta hadir satu perjumpaan tergempar mengenai tadika yang pertubuhan kami kelolakan. Kemudian selesaikan dan sampaikan satu cek RM4000 yang terlewat diberi dari perjanjian jual-beli suatu projek. Malam itu jam telah menunjukan 12.30 t/m adik pula meradang dan membaling 'remote control TV' kerana ibunya tidak membeli 'Mee Ruski' yang dipesannya. Dengan berkain pelikat aku capai kemeja T, beg duit dan kunci kereta terus ke kedai pam minyak berdekatan untuk membeli mee segera 4 bungkus dan air orange 2 botol kecil.

Bagi aku hari Isnin 18 Januari 2010 itu merupakan hari yang sangat baik kerana banyak tugasan dapat aku laksanakan dengan baik walaupun aku tahu ada di kalangan kalian yang tidak setuju dengan beberapa tindakanku itu. Tetapi percayalah aku yang merasai dan akulah yang lebih mengerti.

2 comments:

Omaq oTai said...

bgitu lah hari Isnin yg digambarkan pelbagai pihak. skiranya weekend mereka berlalu baik, maka baik lah isnin mereka.
anyway, moga cikgu terus dikuatkan agar segala karenah mnjadi punca kekuatan fisabilillah. IA~

hj atan said...

biasa la tu falsafah orang putih..kan kita pernah tengok carta kehidupan(yg dilukis dlm bentuk kartun)..hari isnin monyok je muka..bila sampai hari jumaat malam mula ceria wajah coz nak pi enjoy..mabuk sampai hari ahad..jadi isnin berulang lagi

orang yg mengabdikan diri pada Allah tak kenal hari lagi dah (maksud tak cukup hari )coz t/jwb yg banyak dari masa yg ada..

habbelul minallah dan habbelul minannas..mana ada masa malang malah sentiasa dapat ganjaran drp Allah.