Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Sunday, January 17, 2010

Perkongsian Kuntuman Mawar Nur Iman

Siti Mariah dan Wardatul Iman sentiasa memberi senyuman kepada hadirin yang datang mengucapkan tahniah. Setahun mereka bersahabat di maya. Sekarang mereka berkongsi suka duka bersama sebagai satu keluarga.

Sabtu 16 Januari 2010 jam 11.00 pagi aku menemani suamiku, turut serta anak kami Muhammad Sobri dan Hj Atan sahabat suamiku pergi meraikan majlis kenduri kesyukuran pernikahan kedua Ust Ahmad Fahmi Abu Bakar. Bertempat di Sekolah Tahfiz Al Islah Tok Bedu Tasik Gelugor. Majlis yang ringkas penuh mahabbah dihadiri rakan dan kenalan rapat sahaja.
Aku memang kenal rapat dengan Wardah nama timbangnnya, Gadis berbangsa sikh. Kami pernah bersilat bersama satu ketika dahulu di bawah kelolaan suamiku. Wardah terpaksa berhenti bersilat diatas faktor kesihatannya. Kini sebagai guru besar di Sek Tahfiz Al Islah Tok Bedu, Tasik Gelugor.


Barakallah, barakallah semoga keluarga ini dikurniakan kuntuman-kuntuman cahaya yang gemilang.

Aku seperti biasa akan selalu menemani suamiku di mana-mana yang perlu dan mampu. Bukan apa, kadang-kala kesian melihat beliau ke sana ke sini. Apatah lagi semalam dan hari ini beliau kurang sihat, badannya panas, pehanya berbisul, matanya hangat. Tetapi beliau masih katakan "Tak pa panas sikit je kerana selalu minum kopi Radix".

Siti Mariah dan Wardatul Iman ditakdirkan berkongsi suatu keluarga besar. Wardahlah bersungguh-sungguh memilih seorang muslimat warga Indonesia ini yang pernah menjadi pembantu rumah di Taiwan dan berasal dari Kampong Cilacap di Jawa Tengah. Pengalaman menjadi pembantu rumah di dalam masyarakat Cina sudah tentu banyak pahit dari manisnya kadang-kala terpaksa menyediakan masakan daripada khinzir dan sebagainya.
Melahirkan rasa syukur, anak-anak juga tumpang gembira. Hidangan keluarga dibuat serba ringkas.

Pengenalan akrab melalui internet telah mendorong Wardah untuk menyelamatkan muslimat ini. Segala peraturan dan segala perundangan diusahakan sebaik mungkin dan beberapa kali naik turun makamah telah membuah hasil yang sangat murni. Ustaz Ahmad Fahmi dan Wardah telah berjaya membawa Siti Mariah dalam usianya 26 tahun bersama ke dalam keluarga duat ini. Perjuangan dan tarbiah serta dengan niat untuk melahirkan generasi mujahid dan mujahidah menjadi di antara landasan hidup. Ini satu perkahwainan kali kedua ustaz yang sudah semesti disokongi kuat oleh Wardah sesuai dengan namanya kuntuman mawar yang mekar dengan cahaya iman.


Hj Atan di antara tetamu jemputan khas dan di antara yang awal menjamu selera.
Aku tersangat hairan dan keliru mengapa kebanyakan kenalan yang bersalaman dengan Wardatul Iman menangis kerana tidak mampu menahan air mata. Sedang Wardah tenang menyambut para tetamu. Linangan air mata mereka adakah kerana terasa berkongi kegembiraan atau perasaan terharu kerana Wardah sanggup berkongi suka duka bersama Siti Mariah di dalam keluarga mereka?

4 comments:

Maiyah said...

airmata gembira tu

Ariff Budiman said...

Tangisan yang berbagai tafsiran. Semoga Allah permudahkan. Tahniah dari Pendekar Tempang

MaMa MoDeN said...

salam
semoga para isteri yg menerima takdir bermadu seperti isteri ustaz fahmi ni akan mencontohi sikap baik & mulia beliau.

dan juga semoga para suami yg mahu memadukan isteri tu bersifat juga seperti ustaz fahmi...

Unknown said...

air mata yg hanya dpt diterjemahkan oleh puan empunya badan. Kita sbgai pmerhati hanya dpt meneka dari jauh. Entah la apa yg digmbarkan oleh para hadirin yg punya lain akal dan fikiran. Moga Allah permudahakn urusan bersama.

*adakh ini tulisan Pn. iDa? kemaih tu...