Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Saturday, June 5, 2010

Hidup ini bukan keseorangan.


Tumbuh-tumbuhan melengkapi kehidupan. Begitu juga haiwan dan manusia saling memerlukan.

Masa berlalu terlalu pantas tanpa disedari kita telah hampir sampai di penghujungnya. Berbagai pengalaman yang telah dilalui dan ianya menjadikan kita semakin matang. Kematangan ini harus dimanfaatkan dan dijadikan panduan atau landasan hidup yang semakin singkat ini. Jangan diabaikan kehadiran rakan-taulan yang sedia ada di sekeliling kita. Mereka ini bukan semuanya yang tidak bagus, tentu ada yang boleh kita harapkan untuk dinaikkan makam ke tahap sahabat.

Rakan-taulan mungkin ramai tetapi sahabat mungkin tidak. Sahabat yang sejati akan sentiasa kita merasakan selamat apabila bersamanya. Kehangatan ukhuwahnya dapat mencairkan kedinginan dan kebuntuan masalah kita. Jangan merasa rendah diri untuk meminta pertolongannya, pasti dia akan membantu dan menyimpan segala aib kita.

Cahaya perlu masuk meresapi ke bahagian permukaan bumi untuk itu kita juga memerlukan kehangatan ukhuwah dan kasih-sayang sahabat. Dapatkanlah ia.

Ingat hidup tidak selalu di atas mungkin ada kalanya dia pula di bawah dan memerlukan pertolongan kita. Maka jangan tangguh dan berlengah lagi bantulah dia pula. Lumrah kehidupan kita saling memerlukan kerana hidup ini tidak mungkin keseorangan. Ianya tidak akan lengkap. Tabiat alam juga begitu. Saling bergantungan di antara satu sama lain. Tidak kira tumbuh-tumbuhan, haiwan mahupun manusia, sistem hidup atau perjalanan alam sememangnya begitu.

Sikap kita adalah dari pantulan sikap sahabat kita. Maka carilah sahabat yang soleh dan musleh. baik dan membaikan orang lain.

Jangan segan silu apabila memerlukan tangan untuk digandingkan dan dihulurkan bantuan, bahu untuk memikul dan direhatkan masalah, wang ringgit untuk dipinjam atau diberikan terus atau mungkin ke tahap nyawa untuk mempertahankan yang hak di kala kecemasan atau darurat.

Jangan buat andaian awal. Cubalah dahulu baru tahu.

3 comments:

hentian said...

Hidup di atas bumi perlukan kehangatan persahabatan. Hidup di dalam bumi perlukan kehangatan doa sahabat.

Ariff Budiman said...

Mencari rakan di waktu susah amat payah. Hanya sahabat yang memahami masalah sahabat dan terus membantu tanpa mengira waktu. Tanpa mengira letih dan seterusnya tanpa mengira masalah kewangan

BLOGGERS JIM PENANG said...

teruslah bersahabat dengan sahabat. agar persahabatan begini diiringi dengan rahmat Allah!