Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Thursday, June 10, 2010

Rasulullah saw pun patah gigi ...

Baginda pun biasa menjadi gembala kambing untuk menyara kehidupan. Kita ?

Salam. Pilu rasa hati ini apabila membaca hadis di bawah ini. Rasulullah saw tercedera pada Perang Uhud. Demi bersama menengakkan Islam, baginda tidak duduk di rumah atau di masjid baginda semata-mata.

Peperangan merupakan diantara arahan yang wajib dipatuhi. Ianya bukan mudah dilaksanakan kerana bukan sahaja melibatkan curahan titik peluh tetapi kemungkinan pengorbanan darah yang akan menyebabkan kematian.

Padang pasir, suatu tempat yang gersang. Namun kehidupan perlu diteruskan. Teringat pergorbanan Siti Sarah dan Nabi Ismail ditinggalkan Nabi Ibrahim yang keluar berdakwah.

Kematian yang akan disandangkan dengan pangkat ‘SYAHID’ satu anugerah yang amat tinggi yang menjadi idaman wira-wira Islam. Peristiwa di Perairan Antarabangsa di mana Kapal Misi Bantuan Kemanusiaan Mavi Marmara telah dicerobuhi oleh Rejim Zionis. Berpuluh yang cedera dan sembilan orang telah syahid sekurang-kurangnya telah membuka mata dunia supaya bertindak sesuatu. Buatlah apa yang termampu jika kita benar-benar prihatin. Jangan berdiam diri dan menjadi penonton.

Hadis riwayat Sahal bin Sa`ad ra.
Bahwa dia ditanya tentang luka Rasulullah saw. dalam perang Uhud, Sahal menjawab: Wajah Rasulullah saw. terluka, gigi seri beliau patah serta topi perang beliau juga hancur.

Fatimah puteri Rasulullah saw. lalu membersihkan darah beliau sementara Ali bin Abu Thalib menuangkan air ke atas luka dengan menggunakan perisai.

Ketika Fatimah melihat, ternyata air hanya menambah pendarahan, ia lalu mengambil sepotong tikar dan membakarnya hingga menjadi abu. Kemudian Fatimah menempelkan abu tersebut pada luka beliau hingga berhentilah aliran darah itu.

(Shahih Muslim No.3345)

5 comments:

Ariff Budiman said...

Allahuma salli ala Saidina Muhammad.

Insan Marhaen said...

perjuangan tidak semudah menulis puisi di atas kertas.

hrusli61 said...

Jzkk sahabatku berdua.

Ya Jiman banyakkan selawat ke atas Nabi saw nescaya ganjarannya besar.

Setuju dengan IM namun mata pena penulis puisi ada kalanya lebih tajam dari mata pendang. Sama-samalah kedua-duanya menyumbang

maiyah said...

sy baca kisah nabi dan sahabat dan buatkan sy sedar kebesaran dan fitrah ini..

hrusli61 said...

Benar Pn Maiyah. Ramai dikalangan ambiya' telah diuji dengan hebat.

Saranan saya buat kita semua, jangan fokus kepada satu perkara sahaja. Sekali-sekala raikan juga perkara lain yang sememang telah menjadi tanggung-jawab kita juga.

Jzkk kerana sudi ziarah mudahan ada manfaat untuk kita semua.