Terlalu ramai yang perlu perhatian tetapi tidak ramai yang mampu memberi perhatian.
Suatu pagi apabila bangun dari tidur terasa sakit yang amat sangat di kawasan kiri pinggang hingga ke kaki. Sakit sebegini pernah kadang-kadang berlaku maka aku kurang mengambil perhatian kerana nanti ianya akan pulih sendiri kebiasaannya. Tetapi pandangan aku meleset sesampai di tempat kerja aku amat sukar berjalan, setiap langkah aku megerang kesakitan sehingga aku terpaksa memegang bahu seorang sahabat untuk masuk ke pejabat. Hampir setiap orang yang aku temui bertanyakan sesuatu, "What's happened to you?". Jenuh juga menjawab satu persatu. Ada yang berseloroh, 'There's why too much silat.' Ada di kalangan mereka yang sudah tahu aktiviti silatku.
Pagi itu aku cuba membuat kerja yang sepatutnya aku bereskan 'set up a new package for auto vision inspection machine'. Persiapan satu produk baru untuk diperiksa dengan satu mesin. Memang sebagai seorang jurutera mesin kerja-kerja aku kadang-kala sangat rumit dan mencabar. Sakit pinggang aku masih terasa dan beberapa teman sekerja menasihatiku supaya berjumpa doktor dan ambil 'MC' untuk berihat di rumah. Aku akur dan raikan nasihat mereka.
Setelah MC aku perolehi aku terus pulang ke rumah. Ini cuma amaran mula, fikirku di dalam hati. Risau juga. Takut jika Allah SWT uji lebih dari itu. Ayahku pernah di serang 'angin ahmar' akibat tekanan darah tinggi, terlantar selama dua tahun setengah dan akhirnya kembali ke 'rahmatullah' Abang aku pada 2 bulan sudah juga dikatakan tidak dapat bercakap dan mengerakan sebahagian badannya akibat kandungan gula dalam darah terlalu rendah. Masuk wad tiga hari. Aku harap aku dapat memperbaiki tahap kesihatanku ini. Setiap aktiviti yang dijalankan mempunyai objektif yang harus dicapaikan bukan sekadar untuk berihat atau bersantai.

Kita ini kadang-kadang merasa mahu sahaja berihat dan tidak mahu mengambil pusing. Tapi perlu diingatkan takut kalau-kalau Allah SWT rihatkan kita sebelum waktu rihat yang sebenarnya. DitimpakanNya penyakit atau sesuatu ujian itu sehingga hanya terlantar di atas katil sahaja. Sehingga meniti hari kematian sahaja. Ini diistihahkan sebagai "rihat sebelum waktunya". Rihat yang sebenarnya ialah di alam barzakh (kubur) itu pun jika amal kita baik. Jika amalan kita sebaliknya ianya merupakan tempat siksaan yang menggerunkan.
Mahu tidak mahu sebagai seorang daie (pendakwah) tiada istilah rihat. Banyak kerja, sedikit ruang masa dan tenaga semakin berkurangan membuat kita tidak boleh berihat lagi.
Ya Allah jadikan akhir hayat aku agar tidak menyusahkan orang lain. Ameen
4 comments:
kekadang orang nampak kita macam berihat tetapi sebenarnya kita tidak berihat.
tempat yang IM pernah rasakan benar-benar merihatkan ialah bila berada di katil wad...
kesihatan kena jaga juga. walaupun makin tua kita patut makin ligat dengan dakwah, sesekali kena pi servis juga.
macam keris, sesekali kena perasap!
Malam-malam tu kita rihat juga. Rihat sementara sebelum rihat selamanya...
bila timbul kes mcm ni teringat pesan nabi..setiap sesuatu ada haknya..
jadi kalau hati muda badan tua cuba-cuba xjust sikit..
Post a Comment