Alhamdulillah, baru selesai melaksanakan puasa sunat 6 Syawal walaupun sudah 13 Syawal hari ini. Mungkin ramai di antara pembaca dan blogger lain telah melaksanakannya lebih awal lagi. Rasa bersyukur esok nanti 'Raya Puasa Enam'lah aku. Itu selalu diucapkan oleh mereka yang baru sudah melaksanakannya. Walaupun tiada dalam kitab. Tetapi perasaan dan naluri kita begitu seronok, lega dan bukan dibuat-buat. Mungkin bagi ahli ibadah mengistilahkannya sebagai 'kemanisan iman'.
Jika motosikal boleh dijadikan 'hobby' mengapa tidak amalan puasa enam ini.
Jika motosikal boleh dijadikan 'hobby' mengapa tidak amalan puasa enam ini.
Bagi yang masih belum sempat, janganlah ditangguh-tangguh cuma ada kurang lebih dua minggu lagi. Bagi pihak muslimat usah dipertikaikan hendak buat 'puasa ganti' atau puasa sunat ini. InsyaAllah, buatlah mana satu pun boleh, Jika mampu buat dua-dua lagi baik.
Sungguh malang jika cuti-cuti semasa hari perayaan ini dihabiskan dengan melepak di tempat-tempat yang belum tentu meningkatkan iman ini.
Bagi rakan-rakan belum Islam di tempat kerja aku, ada yang sudah dapat mengagakkan masih ada rakan-rakan Muslim mereka yang puasa extra kata mereka. Bila dilihat masih ada yang tidak turun makan di cafeteria. Bagi mereka puasa extra ini untuk orang yang special.
Ziarah dan bantulah mereka yang memerlukan walaupun merke itu belum Islam lagi.Aku ingin menjadi orang yang special ini. Agar Allah SWT menerima puasa kita yang cuma 6 hari ini dan menganjarinya. Aku pohon agar dengan keikhlasan dapat dikurniakan kau dan aku menjadi Insan Bertaqwa.
InsyaAllah Amiin.
5 comments:
selamat hari raya.
mereka yang special berhari raya 3 kali dalam setahun!
SALAM,
SAMA2 KITA BERDOA SEMOGA ALLAH SWT MENERIMA PUASA 6 KITA. AMIN !
Puasa enam hari didalam bulan syawal mmg ada kelebihannya. Diantara kelebihannya adalah kita akan berterusan berpuasa dibulan-bulan lain sehinggalah bertemu pulak bulan Ramadhan.
Maksudnya ada la puasa sunat pd bulan-bulan yg lain,tak sehari dua tak gitu?
Mudah2an Allah memberi kita kekuatan dan istiqamah utk melaksanakan PUASA SUNAT pd bulan2 yg lain drp bulan Ramadhan.
muga kita akan dipertemukan lagi di ramadhan yang akan datang, ameen..
muga allah rahmati kehidupan anda hendaknya..
Post a Comment