Hari Jumaat kami berpakaian bebas tapi kemas. Aku apa lagi suka pakai kemeja-T IKRAM.
Mungkin ramai tertanya-tanya kenapa lama menyepi JH ini. Maaf sahaja kerana aku ini telah ditugaskan sebagai 'cikgu' di tempat kerja. setelah 30 tahun bergelumang dengan mesin-mesin kini menjadi salah seorang tenaga pengajar di bahagian 'LADA' - Learning and Developement Academy di bawah Technician Training Centre. Melatih juruteknik baru dan lama supaya mampu menyusuaikan diri dalam kerjaya mereka. Disamping itu juga menyampaikan beberapa bengkel penerangan dan kemahiran untuk meningkatkan prestasi mereka.
Maka sudah tentu hampir semua masaku terpaksa dialihkan untuk persiapan-persiapan yang tidak ada kesudahan. Mengajar insyaAllah telah menjadi sedikit kebiasaanku kerana ramai yang telah ketahui aku ini juga merupakan guru silat. 'Cikgu Rusli' menjadi panggilan mesra rakan dan sahabat walaupun ramai di kalangan mereka bukan menjadi anak muridku.
Ini pejabat aku memang selesa dan di sebelah itu Mr Suppayah rakan dan seorang lagi tenaga pengajar kami.Maka sudah tentu hampir semua masaku terpaksa dialihkan untuk persiapan-persiapan yang tidak ada kesudahan. Mengajar insyaAllah telah menjadi sedikit kebiasaanku kerana ramai yang telah ketahui aku ini juga merupakan guru silat. 'Cikgu Rusli' menjadi panggilan mesra rakan dan sahabat walaupun ramai di kalangan mereka bukan menjadi anak muridku.
Aku sungguh bersyukur dengan menjadi seorang tenaga pengajar di Renesas ini, aku berpeluang berinteraksi dengan kesemua juruteknik baru. Maka sedikit sebanyak sentiasa bertambah kenalan baru dan insyaAllah dapat sedikit sebanyak memberi beri input yang baik seperti mengingatkan masa dan tempat solat dan sebagainya. Semoga Allah SWT permudahkan dan berkati sentiasa segala kerja buatku ini.
4 comments:
so, jadik cikgu kuasa dua le ni..spt yg JH makumkan, maka tenaga pun kena kuasa dua gak le..
xpe, Allah Maha Pemurah pada setiap hamba-Nya~
jadi cikgu banyak pahala..
bila dah jadi cikgu, personaliti kena jaga. cakap pun kena jaga.
anak buah ramai perhati..
o iya, jgn lupa tinggal url kat Bakal Bloglist 2011 IM ya..
Jzk di atas komentar.
Sebenarnya kita semua adlah cikgu.
Paling tidak cikgu kepada adik-adik atau anak-anak kita.
Post a Comment