Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Friday, April 22, 2011

Usrah suatu ikatan ukhuwah

Dari kiri Muaz bercita-cita ingin ke UIA bidang undang-undang, Mustafa dan Luqman lepasan STAM menunggu ke IPT dan kanan sekali Imad adik Mustafa akan temuduga Isnin ini untuk lalauan ke Australia. Semoga Allah memberi ketenangan dan memudahkan mereka ke IPT yang dipohon Amin.



Baru sahaja habis berusrah dengan anak-anak remaja ini di rumah aku. Malam ini tidak ramai yang hadir, mungkin ada hal-hal yang penting yang memungkinan ketidak-hadiran mereka. Namun rutin ini wajib diteruskan. Aku diamanahkan memimpin anak-anak remaja ini agar mereka berkemampuan meneruskan risalah dakwah ini bersama jamaah IKRAM.



Malam ini aku memilih tajuk mengenai persoalan USRAH itu sendiri dan mengujudkan perbincangan di kalangan kami. Aku kutip kata-kata daripada Al Ustaz Hassan Al Banna yang menjadi pelupur gerakan Islam masakini, menyebut "Usrah adalah ikatan perpaduan. Dipimping ke arah contoh-cantoh amalan yang terpuji. Meningkatkan mutu persaudaraan atau ukhuwah, tingkatan percakapan biasa dan pandangan teori kepada perbuatan dan amalan."



Kami kutip lagi kata-kata Al Ustaz Mustafa Masyhur, " Usrah itu usaha pembinaan jamaah. Halaqah ilmu dan tarbiah. Ta'awun, persefahaman, bahu-membahu, bekerjasama dan menyelesaikan masalah. Tingkatkan kasih sayang, nasihat dapar diberikan dan diterima serta dimanfaatkan."


Walaupun aku sendiri keletihan kerana tugasan seharian namun aku bersyukur dapat bersama anak-anak remaja ini. Semoga kita boleh mampu istiqamah meneruskan agenda pembentukan diri dan jamaah ini. Tiada jalan pintas dalam urusan tarbiah ini walaupun apa alasan kita dan aku merasa mereka amat beruntung kerana telah berpeluang menerima sentuhan dan belaian tarbiah dalam peringkat muda lagi. Semoga diberkati. Mulakan perubahan yang baik dari sekarang. Jangan ditunggu-tunggu kerana masa itu tiada boleh dibelakangkan. Mari bersama dalam kerja-buat yang baik, solaeh dan musleh ini. Mari !

4 comments:

Omaq oTai said...

Memang itu menjadi keperluan masa kini yg semakin hari semakin byk pancarobanya. Selagi ada kudrat dan daya, insya-Allah Islam akan tertegak di muka bumi ini seperti mana gemilangnya Islam tika dahulu..

Insan Marhaen said...

muga kerja kuat JH menelurkan sesuatu yang baik dan diganjari pahala yang besar..

hrusli61 said...

Umar:
Jzk diatas ransangan ini. Semoga dikurniakan kesihatan dan peluang yang terbaik.

Abu :
Bila hang nak mai bagi tazkirah kat depa lagi ?

maiyah said...

assalam..

singgah petang :)