Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Sunday, May 15, 2011

Di mana sahabat ku?




Setelah berjumpa dan bermesyuarat beberapa kali maka dipersetujui untuk mengadakan satu program 'TA'ARIF HALAKAH pada HAri Sabtu ini 15 Mei 2011 jam 9.45 pagi.' Aku pun menghantar SMS kepada dua insan yang rapat dengan aku. Mereka ini masih belum aku berjaya untuk mengajak bersama ku memacu IKRAM di daerah kami ini, SPT.

Aku merasa bersalah kerana lambat memberi infor, namun aku masih berharap Allah memberi mereka peluang, kekuatan, taufik, hidayah dan mengampunkan aku yang selalu terleka ini. Ini menyebabkan kedua-dua sahabat rapat ini tidak boleh bersama. Tapi aku masih berharap lagi.

Progam pagi ini berjalan lancar. Ada dua sasaran yang dibuat. Satu untuk mereka yang sudi bersama IKRAM dapat difahami akan Fikrah Islam dan mahu ditarbiah dan berperanan mengikut kemampuan masing-masing. Satu lagi untuk TOT (Training Of Trainer). Mudul mengabungkan ISK - Ini Sejarah Kita, IPK - Ini Peranan Kita, SH - Shahadatu Haq - Kebenaran Shahadah dan beberapa maklumat kepentingan kita duduk dalam sistem tarbiah.

IKRAM SPT mensasarkan keahliannya mampu mencecah 240 ahli pada penghujung tahun ini. Sehingga sekarang telah berjaya didaftarkan 69 orang. Cuma 1/4 sahaja tercapai. Maka inilah program ini diusahakan. InsyaAllah pada tiap-tiap minggu jadi kedua-dua sahabat aku tadi masih ada harapan untuk hadir. Aku kerja lebih keras lagi. Inilah kerja Dakwah dan Tarbiah.

2 comments:

Insan Marhaen said...

IM baca sms jam 11.15 pagi. Tahniah buat JH dan sahabat yang komited untuk hadir.

Tak mengapa. Jika ada lain program di lain hari beritahu lagi.

IM akan cuba hadiri!

Anonymous said...

assalamualaikum

saya nak tanya pasal TOT ISK.. saya pon sedang plan utk buat program taarif di tempat saya.. boleh tak akh share list of points yg penting untuk ditekankan dalam penyampaian ISK. jazakallah khair