Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Friday, August 26, 2011

Ramadhan Yang Hampir berlalu?

Banyak yang perlu dikejar dan banyak yang perlu diperbuat. Ibadah rasanya belum puas dikerjakan manakala persiapan menyambut Hari Raya tidak pernah mencukupi di hati. Rugi jiks saban malam ke kompleks membeli-belah sahaja tanpa kita menambah solat malam kita.

Namun Ramadhan akan tetap berlalu tidak kira samada kita sempat atau tidak mengambil manfaat besar yang terkandung di dalamnya. Selepas ini tiada tawaran ganjaran yang sehebat Ramadhan. Tiada palaha wajib untuk ibadah sunat. Tiada lagi satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Tiada lagi solat sunat Tarawikh. Tiada lagi pahala sekedah yang besar gandaannya. Cuma yang tinggal diri ini yang amat terlepas segala peluang yang Allah SWT sediakan untuk hambaNya.

Semoga keinsafan sentiasa dirasai untuk memperbaiki diri.

Tahun depan masih ada Ramadhan? Jawapan belum tentu Allah izinkan kerana Ramadhan milikNya. NYAWA kita juga milikNya.

4 comments:

insan marhaen said...

Ramadhan, insyaAllah masih ada. Kita saja... yang belum pasti akan merasa!

muga selepas keluar dari madrasah Ramadhan, amalan tetap berkekalan...

hrusli61 said...

Ya IM mudah-mudahan kita dapat teruskan amalan ibadah dari Ramadhan ke bulan-bulan yang lain.

Unknown said...

SALAM SYAWAL! MENDOAKAN SEGALA AMALAN KITA DITERIMA OLEH ALLAH SWT

hrusli61 said...

Terima kasih Dato' semoga kita semua beroleh Maqam Taqwa amiin.