Salam alaik para sahabat sekelian dan barakallah. Maaf banyak-banyak lama tidak mengisi ruangan ini. Berbagai alasan jika hendak diberi tetapi bukan itu tujuan kita ini. Cuma hendak berkongsi keriangan iaitu panggal 22 November 2011 hari Selasa baru-baru ini aku diizinkan Allah SWT mendaftar untuk mengerjakan HAJI. Aku, Kak Ida, adikku Seliha dan Zarinah dijadualkan giliran kami ini pada tahun 2043. Allahu Akbar mampukah aku bertahan sehingga umur 83 tahun itu.
Kami diberi nasihat agar cuba merayu kepada Tabung Haji untuk mencari ruang kemungkinan boleh dipercepatkan giliran itu. Tolonglah sahabat-sahabat tolong doakan agar kami boleh pergi dalam jangkamasa terdekat dan sihat tubuh badan pada ketika itu.
Aku ceritakan kepada sahabat-sahabat rapat di rumah dan di pejabat yang aku sudah mendaftar HAJI dan mereka turut bergembira. Diantara dialog yang menarik hati aku ialah; "Takpalah juga Li 30 tahun hang sudah mendaftar yang kita ini Jo belum lagi." Itulah sahabat baik aku blogger insan marheam menerpa Johry sahabat sepejabat aku.
Semoga aku, mereka dan kita akan ke Tanah Suci walaupun awal mahupun kemudian.
5 comments:
Semoga Allah mengurniakan laluan mudah dan diberkati. InsyaAllah kita pohon agar sihat sejahtera hendaknya.
Semoga Allah permudahkan segala urusan.
Minggu lepas , pB check jugak tarikh giliran untuk aBear pB.
Gilirannya pada tahun 2030
Bila congak congak , masa tu dia akan berumur 59 tahun
Kita mungkin mampu merancang tetapi Allah SWT yang akan menentukan.
Semoga dipermudahkan kita nanti.
pB thanks for your comment.
Salam Ukhwah
Semoga Allah permudahkan perjalanan Akh JH dan kak Ida bertemu kekasih Allah di Baitullah.
Terasa tautan hati dan kuatnya atas dasar sefikrah bilamana lihat wajah kak ida dlm blog akhie.
Hati tersentuh bila membaca bait2 yg sayu dan rasa rwngah diri menatapnya dlm cetusan ummu hidayah.Walaupun hanya kenal melalui maya namun terbit rasa ukhwah yg mendalam.Laman ini mnjadi teladan utk eaya,suami n anak2 yg dari keluarga besar untuk mneruskan perjuangan.
Tahniah kerna berjaya jadikan blog akh JH ini sbg manhaj dakwah
doalah pada tuhan muga dipermudahkan segala laluan ke sana!
Post a Comment