Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Thursday, January 12, 2012

Ego seorang ketua

Tajuk ini pernah kami bincangkan di dalam usrah dan terasa macam terkena di batang hidung ini, sebiji demi sebiji. Memang sang suami ini egonya melebihi ego sang isteri yang kadang-kala tidak mahu mengalah menegakkan sesuatu sememangnya sudah diketahui akan kesalahannya. Membuat andaian tanpa usul periksa, membuat kenyataan tanpa berlapik dan selalu menegakkan benang basah.

Begitu juga pada sang ketua, dalam mesyuarat dia sahaja yang betul. Pendapat yang tidak menyokong cadangannya dianggap menentang. Agak sedih juga jika dia memberi kenyataan, “Ya memang saya sengaja bertindak begini”. Mungkin dia terpaksa melafazkan begitu untuk menutup perasaan bersalahnya yang tidak mampu diterimanya pada ketika itu.

Sebenarnya perasaan marah telah menguasai dirinya dan dengan rasa tertekan kenyataan demi kenyataannya tidak dikawal oleh akal tetapi oleh nafsunya atau mungkin dorongan syaitan. Mesyuarat ialah medan menerima pandangan umum bukan untuk orang umum menerima pandangan dia sahaja.

Yakinlah percanggahan pendapat itu rahmah jika ditanggani dengan hati yang terbuka. Pandangan itu betul bukan jika ianya menyebelahi pandapat kita tetapi yang betul itu ialah yang disepakati oleh ahli mesyuarat itu.


Tentu keberkatannya ada insyaAllah

3 comments:

insan_marhaen said...

sebab itu kena selalu memandang ke bawah. takut tersaradong!

hrusli61 said...

Yaale IM, walaupun selalu memandang ke atas lenguh juga tengkok ini. Sambil-sambil itu elok juga pandang ke bawah juga sekali-sekala. Thanks

SHAHIDAN SAAID (ABG LONG) said...

Rasulullah saw bersabda(maksudnya): "Lihatlah kepada orang yang berada dibawahmu dan jangan melihat kepada orang yang berada di atasmu, kerana dengan yang demikian lebih patut, agar kalian tidak meremehkan nikmat Allah yang telah diberi kepadamu" (HR Al-Bukhari: 6490), Muslim: 2963, At Tirmidzi: 2513, Ibnu Majah: 4142)