Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Monday, March 5, 2012

Hidup tidak akan kelam.



Salam alaik. Alhamdulillah, masa berlalu begitu pantas sekali. Pasti yang ditinggalkan ialah semalam dihadapi ialah sekarang dan yang akan ditempuhi ialah esok. Ini tidak dapat dinafikan. Namun sebagai orang Islam kita mempunyai pegangan.

Jadikan semalam sebagai pengajaran samada untuk dikongsi atau diteladani. Orang lain tidak perlu mencoba atau mengulangi perkara-perkara yang akan mendatangkan kedukaan. Begitu juga yang hasilnya akan memberi kegembiraan terus dipraktikan dengan tiada keraguan. Cuma ramai di antara kita tidak mempunyai ruang, peluang atau kehendak untuk berkongsi pengalaman. Pengkongsian lidah ke lidah sangat terbatas dan itu pun jika ada sebab, ruang dan peluang. Adakah pengkongsian sebegini memberi sebarang impak kerana yang sudi berkongsi?

Dengan meneliti masa lalu boleh menyediakan peluang dengan lebih baik untuk menghadapi masa sekarang dan juga masa hadapan. Salah satu perkara yang terbaik ialah dengan meneliti Serah Ambiyah (Sejarah Para Nabi) atau para sahabat. Ini boleh dijadikan teladan yang terbaik. Kisah ulamak dan mereka yang cerdik pandai boleh juga dijadikan pedoman. Pengalaman diri sendiri pun boleh dimanfaatkan. Cuma coretkan di dalam sesuatu tulisan dan dibuka untuk tatapan umum. Banyak media yang sedia ada seperti FB, twitter, blog dan sebagainya boleh diguna pakai.

Pertanggung-jawaban tentulah perlu bila menulis, namun demi niat yang ikhlas dan baik untuk berkongsi mari kita cuma sedikit-sedkit dan banyak yang sudah biasa rancakkan lagi penulisan anda. Pasang semangat "Hari ini lebih baik baik dari semalam tentu hidup ini tidak akan kelam".

2 comments:

hrusli61 said...

Kadang-kadang perlu kesabaran bila menulis kerana ada ramai yang suka menjadi pembaca sunyi (silent reader).

Jika kita tidak mempunyai komentar dari mereka berlapanglah. Ini kerana kita tidak memberi komentar di dalam blog mereka juga.

Yalah tulis untuk orang lain baca tetapi kita tidak boleh memaksa orang lain membuat itu dan ini hanya untuk memuaskan diri sendiri.

Maaf jika tidak kena di dalam hati.

insan marhaen said...

Minta izin posting ini ke entri IM di: http://hujan-petang.blogspot.com/2013/10/between-this-two.html