Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Friday, March 30, 2012

Di Suatu Pagi Dhuha

Menitis airmata di pagi hari Jumaat ini. Semasa solat sunat Dhuha di surau tempat kerja aku, terus sahaja teringat anakandaku Muhammad Sobri yang sudah sebulan lebih di perantauan. Dar Ul Mustafa Hadramaut, Yamen suatu tempat yang sungguh jauh dan tidak pernah terbayang untuk Muhammad Sobri aku hantarkan. Dia diantara setuju dan tidak. Dia diantara seronok dan sedih. Dia juga diantara terpaksa dan rela. Aku amat sedih dan sungguh terharu berpisah dan berjauhan dengannya. Dia juga paling nakal dan paling baik kerana dia yang paling bungsu.

Beliau pernah meminta kepada emaknya agar boleh balik ke Malaysia menjelang Hari Raya ini. Tetapi emaknya hanya mampu memujuk bahawa, “Kos kapal terbang amat mahal. Sabarlah dik”. Sedar tidak sedar sudah lebih RM9,000 aku berlanjakan untuk mengurus segala yang patut untuk Sobri ke Yamen. Terima kasih hanya mampu aku ucapankan kepada sahabat-sahabat dan keluarga yang banyak membantu sejak dari awal lagi. Jika tidak, tentu akan aku jual kereta aku untuk Sobri.

Sekarang aku pula terpaksa merisaukan pula satu lagi tanggung-jawab. Bahawa kakak Sobri, Nurhidayah pula insyaAllah akan bertunang pertengahan April ini dan mungkin kahwin pada penghujung tahun ini. Macamana hendak aku beritahu Sobri di Yamen kelak? Sedangkan dia amat rapat dengan kakaknya ini. Aku serahkan semuanya kepada ketentuan Allah. Semoga aku diberi kekuatan, taufik dan hidayah menguruskan semua ini. Perkara yang pasti aku harus laksanakan amanah dan tanggung-jawab ini satu persatu.

Sahabat budiman kita mungkin ada sedikit sebanyak masalah yang perlu ditangani maka mari kita tidak putus-putus pohonkan doa agar semua terurus dengan baik. Rujuklah kepada yang terdaya agar dapat diringankan masalah dengan berkongi dengan mereka.

2 comments:

insan_marhaen said...

satu lagi tangga mendaki gunung kehidupan. bakal jadi mertua adalah satu pengalaman yang mahal.

sabarlah dalam menempuh segalanya. rasionalkan fikiran dan selalu menganggap diri kita ini pendamai pada semua keadaan.

anak-anak kita sebenarnya baru belajar bertatih dalam hidup. mereka belum kenal erti susahpayah dan bahaya.

hrusli61 said...

Macam itu le IM. Kekadang teringatan jaman masuk jawi dulu takuuut....