Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Wednesday, March 14, 2012

Warna-warni kehidupan



Sebagai khalifah di muka bumi ini semestinya kita tidak boleh lari dari menjadi pemimpin. Kecil besar organisasi pimpinan kita tidak menjadi soal. Ianya mengikut kemampuan, amanah dan kepercayaan orang kepada kita.



Sebagai seorang pelajar kita mempunyai tanggung-jawab kepada rakan pelajar lain dan apatah lagi mereka yang berstatus adik. Sebagai seorang pekerja kita mungkin diberi peluang memantau beberapa kaki-tangan bawahan kita. Sebagai suami atau isteri kita mendidik anak-anak kesayangan kita pula. Begitulah seterusnya dan seterusnya.


Apabila kita memimpin sudah tentu kita akan berhadapan dengan berbagai ragam manusia. Itulah warna kehidupan. Susah atau senang memimpin ini harus ditangani dengan seadanya. Contoh suatu potret hitam putih mempunyai citarasa yang amat berbeza dengan potret berwarna. Begitu juga pemandangan yang dilukiskan dengan hitam putih tiada serupa emosinya dengan pemandangan yang berwarna-warni. Keindahan dan penghayatan yang tidak serupa.


Masing-masing mempunyai sudut minat dan keindahan yang tersendiri dengan suasana dan keadaan masing-masing. Mungkin yang melihat itu mata yang merasa itu hati. Jadi mari kita melihat dan bertindak dengan bukan sekadar pandngan mata tetapi kita sulami dengan mata hati. Ini sudah semestinya berpadukan syariat dan kacamata Islam. Jangan duduk diam sahaja. Hitam putih atau berwarna-warni kita mesti turut sama menyumbah untuk kebaikan sejagat.

Alangkah baiknya jika walaupun pandangan mata berbeza tetapi perasaan di dalam hati tetap sama, suci, bersih, berlapang dada dan menerima seadanya.

Alhamdulillah.

2 comments:

insan marhaen said...

Sempoi nampaknya kopiah tu, JH.

hrusli61 said...

Beli kat masjid Putra Jaya.
Jauh mali ooi