Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Friday, March 30, 2012

Di Suatu Pagi Dhuha

Menitis airmata di pagi hari Jumaat ini. Semasa solat sunat Dhuha di surau tempat kerja aku, terus sahaja teringat anakandaku Muhammad Sobri yang sudah sebulan lebih di perantauan. Dar Ul Mustafa Hadramaut, Yamen suatu tempat yang sungguh jauh dan tidak pernah terbayang untuk Muhammad Sobri aku hantarkan. Dia diantara setuju dan tidak. Dia diantara seronok dan sedih. Dia juga diantara terpaksa dan rela. Aku amat sedih dan sungguh terharu berpisah dan berjauhan dengannya. Dia juga paling nakal dan paling baik kerana dia yang paling bungsu.

Beliau pernah meminta kepada emaknya agar boleh balik ke Malaysia menjelang Hari Raya ini. Tetapi emaknya hanya mampu memujuk bahawa, “Kos kapal terbang amat mahal. Sabarlah dik”. Sedar tidak sedar sudah lebih RM9,000 aku berlanjakan untuk mengurus segala yang patut untuk Sobri ke Yamen. Terima kasih hanya mampu aku ucapankan kepada sahabat-sahabat dan keluarga yang banyak membantu sejak dari awal lagi. Jika tidak, tentu akan aku jual kereta aku untuk Sobri.

Sekarang aku pula terpaksa merisaukan pula satu lagi tanggung-jawab. Bahawa kakak Sobri, Nurhidayah pula insyaAllah akan bertunang pertengahan April ini dan mungkin kahwin pada penghujung tahun ini. Macamana hendak aku beritahu Sobri di Yamen kelak? Sedangkan dia amat rapat dengan kakaknya ini. Aku serahkan semuanya kepada ketentuan Allah. Semoga aku diberi kekuatan, taufik dan hidayah menguruskan semua ini. Perkara yang pasti aku harus laksanakan amanah dan tanggung-jawab ini satu persatu.

Sahabat budiman kita mungkin ada sedikit sebanyak masalah yang perlu ditangani maka mari kita tidak putus-putus pohonkan doa agar semua terurus dengan baik. Rujuklah kepada yang terdaya agar dapat diringankan masalah dengan berkongi dengan mereka.

Wednesday, March 14, 2012

Warna-warni kehidupan



Sebagai khalifah di muka bumi ini semestinya kita tidak boleh lari dari menjadi pemimpin. Kecil besar organisasi pimpinan kita tidak menjadi soal. Ianya mengikut kemampuan, amanah dan kepercayaan orang kepada kita.



Sebagai seorang pelajar kita mempunyai tanggung-jawab kepada rakan pelajar lain dan apatah lagi mereka yang berstatus adik. Sebagai seorang pekerja kita mungkin diberi peluang memantau beberapa kaki-tangan bawahan kita. Sebagai suami atau isteri kita mendidik anak-anak kesayangan kita pula. Begitulah seterusnya dan seterusnya.


Apabila kita memimpin sudah tentu kita akan berhadapan dengan berbagai ragam manusia. Itulah warna kehidupan. Susah atau senang memimpin ini harus ditangani dengan seadanya. Contoh suatu potret hitam putih mempunyai citarasa yang amat berbeza dengan potret berwarna. Begitu juga pemandangan yang dilukiskan dengan hitam putih tiada serupa emosinya dengan pemandangan yang berwarna-warni. Keindahan dan penghayatan yang tidak serupa.


Masing-masing mempunyai sudut minat dan keindahan yang tersendiri dengan suasana dan keadaan masing-masing. Mungkin yang melihat itu mata yang merasa itu hati. Jadi mari kita melihat dan bertindak dengan bukan sekadar pandngan mata tetapi kita sulami dengan mata hati. Ini sudah semestinya berpadukan syariat dan kacamata Islam. Jangan duduk diam sahaja. Hitam putih atau berwarna-warni kita mesti turut sama menyumbah untuk kebaikan sejagat.

Alangkah baiknya jika walaupun pandangan mata berbeza tetapi perasaan di dalam hati tetap sama, suci, bersih, berlapang dada dan menerima seadanya.

Alhamdulillah.

Tuesday, March 13, 2012

Majlis Nuqaba Daerah SPT, SPU & SPS



Salam alaik.

Jam 9.00 malam Isnin 12 Mac 2012 di pejabat IKRAM Pulau Pinang,Majlis Nuqaba' Daerah(MND) gabungan Daerah Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara di bawah pimpinan Ustaz Hj Mohd Rozee Abd Razak dari JK Tarbiah Negeri Pulau Pinang.

Penerangan dan Perbincangan mengenai tatacara thausiq wa thas'eid juga pemeringkatan mustawa halaqoh di peringkat daerah bagi Mustawa Pra Tamhidi (00), Tamhidi (01 )& Muaiyid (02).

BaarakalLahu Fiikum
Attarbiah Wa Attakwin Thoriquna Littamkin
UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN

Daripada: SPT IKRAMPP
Harryzan Yaakub

Monday, March 5, 2012

Hidup tidak akan kelam.



Salam alaik. Alhamdulillah, masa berlalu begitu pantas sekali. Pasti yang ditinggalkan ialah semalam dihadapi ialah sekarang dan yang akan ditempuhi ialah esok. Ini tidak dapat dinafikan. Namun sebagai orang Islam kita mempunyai pegangan.

Jadikan semalam sebagai pengajaran samada untuk dikongsi atau diteladani. Orang lain tidak perlu mencoba atau mengulangi perkara-perkara yang akan mendatangkan kedukaan. Begitu juga yang hasilnya akan memberi kegembiraan terus dipraktikan dengan tiada keraguan. Cuma ramai di antara kita tidak mempunyai ruang, peluang atau kehendak untuk berkongsi pengalaman. Pengkongsian lidah ke lidah sangat terbatas dan itu pun jika ada sebab, ruang dan peluang. Adakah pengkongsian sebegini memberi sebarang impak kerana yang sudi berkongsi?

Dengan meneliti masa lalu boleh menyediakan peluang dengan lebih baik untuk menghadapi masa sekarang dan juga masa hadapan. Salah satu perkara yang terbaik ialah dengan meneliti Serah Ambiyah (Sejarah Para Nabi) atau para sahabat. Ini boleh dijadikan teladan yang terbaik. Kisah ulamak dan mereka yang cerdik pandai boleh juga dijadikan pedoman. Pengalaman diri sendiri pun boleh dimanfaatkan. Cuma coretkan di dalam sesuatu tulisan dan dibuka untuk tatapan umum. Banyak media yang sedia ada seperti FB, twitter, blog dan sebagainya boleh diguna pakai.

Pertanggung-jawaban tentulah perlu bila menulis, namun demi niat yang ikhlas dan baik untuk berkongsi mari kita cuma sedikit-sedkit dan banyak yang sudah biasa rancakkan lagi penulisan anda. Pasang semangat "Hari ini lebih baik baik dari semalam tentu hidup ini tidak akan kelam".