Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Tuesday, December 23, 2008

Puisi untuk SAZ

Siti Aisyah Binti Zakaria.
Nama yang tetap harum menwangi.
Pada kami, anak-anak dan sanak saudara
Pada suami kau tentu akan dirindui



Kepada Allah kita bermunajat
Berubat, solat hajat, Yaa Sin dan Mathurat.
Bersama doa sanak saudara juga sahabat.
Moga Siti Aisyah kembali sihat


Jiman suratanmu telah berlaku.
SAZ yang disayangi telah mendahului mu.
Kering sudah airmata mengiringi sendu
Pada malam Jumaat yang penuh sayu


Blog jendela hatiku kaku tidak terpahat
Ilhamku kelu walaupun untuk sebaris ayat
Blogmu warna nostalgia sungguh menyayat
Coretan insan marhaen penuh tersirat


Jendela hatiku lama menyepi
Ilhamku kelemasan jiwa menangisi
Cuba ku bangunkan sebuah puisi
Agar jendela hatiku terus berseri.


Berserta kasih cinta setia
Ke hujung hayat tidak dilupa
Berbahagialah dikau damai di sana
Segugus doa ku iring bersama

Al Fatihah buat mu SAZ.

3 comments:

Ariff Budiman said...

Masyaallah cikgu. Airmata tak terbendung lagi bila membaca puisi yang sungguh indah ini.

Kassim Selamat said...

Semoga ruhnya di cucuri rahmat...Amin!

CaBaiKeRinG said...

Semoga Bersemadi Bersama Yang DiRedhai.. Yang Dicintai..