Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Thursday, December 4, 2008

Takut tidak sempat.

Membuat kerja amal memang digalakan dalam Islam.
Peluang kadang-kala tidak boleh dilepaskan dengan begitu sahaja kerana dikhuatiri ianya tidak akan ada atau berulang untuk sesekian kalinya. Rebutlah peluang itu pada masa sihat, muda, lapang, senang, kaya dan semasa hidup. Jangan sampai bila sudah sakit, tua, sempit, susah, miskin dan mati baru hendak membuat kebajikan. Baru hendak cari tikar sembahyang, baru hendak ke surau masjid, baru hendak bersedekah, baru hendak berpuasa, baru hendak memberi zakat dan baru hendak ke Mekah. Baru ingat adanya Tuhan.
Asuhlah mereka dari kanak-kanak agar biasa membuat kebajikan untuk orang lain.
Kehidupan harian boleh diteruskan sesuai untuk memenuhi keperluan dan tanggung-jawab yang terpikul. Sebagai seorang pelajar, jadilah seorang pelajar muslim yang tekun dan memberi keutamaan kepada perkara menuntut ilmu. Sebagai pekerja jadilah pekerja yang gigih, rajin dan beramanah kerana itu sememangnya kehendak Islam. Sebagai seorang anak, jadi anak yang soleh dan solehah, taat dan bertangung-jawab serta membantu keluarga. Sebagai ibu dan bapa laksanakan hak dan tuntutan keibubapaan, mengasihi, melindungi, mendidik anak-anak, peka mengambil tahu dan sentiasa memandu arah kepada keselamatan mereka. Sebagai pimpinan masyarakat berlaku adil dalam semua tindak-tanduk, membantu dan memberi khidmat sebaik mungkin tanpa dipinggirkan seorang pun. Pergaulan yang sihat akan membari manfaat yang amat besar untuk masa depan.
Jika telah melakukan kesalahan jangan teragak-agak meminta kemaafan. Jangan ditunggu pada pagi Hari Raya sahaja baru mahu bermaafan takut nanti tidak berkesempatan. Masa tidak akan menunggu sesiapa dan ajal tidak akan dapat ditolak-ansurkan. Berubahlah dari keadaan sekarang kepada yang lebih baik. Jangan ditunggu-tungu untuk melakukan perkara-perkara kebaikan. Takut tidak sempat.

1 comment:

rosidi hussain said...

Tetarik dengan nama blog enta Jendela hatiku... Ana dulu masa nak create blog .. letak nama Inai Di Jari.. tapi kawan2 politik kata nama tu macam 'pondan' aje.. dan ada satu lagu S. Jibeng..macam tu jugak... Jadi ana letak nama blog nama sebenar .. ikut kehendak sesahabat se'wadah'.. Apa2 pun Al Kitab Kal Khitob.. Tulisan kita adalah manifestasi daripada keperibadian kita... mau'izah kita jugak... Inilah dakwah sebenar.. Dakwah Bil Hal...

Tahniah Mr Bloger,Si jendela Hati, Sang Murabbi Kontemporari..

Jgn lupa baca buku ana.. ORANG MASJID KONTEMPORARI...