Kesabaran, kemahiran dan fokus kepada yang utama merupakan latihan penting dalam memanah dan ianya boleh diamplikasikan di dalam kehidupan juga.
"Ajarkan putera-puteramu berenang dan memanah"; hadis riwayat Ath Thahawi. Tetapi sebelum itu para bapa kenalah belajar dahulu baru boleh ajarkan kepada putera-puteranya pula.
Berenang aku sudah tahu sedikit sebanyak. Dahulu pernah masuk Kelab Renang di sekolah menengah. Pergi belajar berenang di Chinese Swimming Club di Tanjung Bunga. Kira bolehlah berenang dan terapong sikit-sikit.
Tetapi bab memanah memang tiada pengalaman rasmi secara profesional. Zaman kanak-kanak cuma main panah guna batang lidi dan getah bulat sahaja. Bila remaja ada kemajuan kerana main guna buluh yang diraup-raup. Aku zaman remaja memang kreatif biasa sahaja buat sesuatu permainan secara sendiri. Keris, tombak, pisau, parang, gitar, senapang dan lain-lain semuanya buat sendiri. Zaman itu mana ada games macam computer.
Along, Zulkarnain dan Hj Atan nampak begitu fokus menari anak panah untuk diluncurkan ke papan 'target'. Kelihatan sungguh gagah macam orang pro gaya mereka.
Baru-baru ini aku cuba memanah secara 'pro'. Memang hebat, baru belajar telah mampu memanah 'bull's eye' beberapa kali Alhamdulillah. Mungkin aku bercadang mahu anjurkan kelab memanah di bawah RINTIS Outdoor Ventures. Sebuah syarikat 'outdoor' yang kami di JIM SPT bangunkan suatu ketika dahulu.
Aku bercadang mahu mengajar anak-anak dalam sukan ini pula. Selain seni silat kami sekeluarga memang telah berkongsi minat yang sama, rasanya molek juga belajar memanah. Boleh sihatkan badan dan jika berkemampuan boleh mewakili negara dan sebarang sukan memanah. Kita pun tahu amat kurang penglibatan orang ramai dalam sukan ini.
Syuhadah dan Muhammad Sobri tidak ketinggalan mahu mencuba. Aku amat bangga mereka mahu bersama.Bagi diri aku sukan ini boleh merapat hubungan kekeluarga dan juga sahabat-sahabat. InsyaAllah mendapat pahala kerana ianya sunnah Nabi saw. Dengan niat yang baik ianya merupakan persiapan jihad bila diperlukan. Janganlah seorang mukmin itu mati selagi mana tiada ada niat untuk dia mati syahid.
5 comments:
Seronok memanah ni. Setakat ni belum pernah lagi memanah. Setakat pegang kayu pernah la. Masa remaja buat panah pakai buluh. Lepas tu main panah-panah sehinggakan hampir rakan terkena panah di mata. Kalau dekat memang saya dah sampai cikgu. Tahniah teruskan
Memanah dalam penulisan rasanya lebih tepat, tajam dan berbisa, he..he..he..
memang enjoy sukan memanah ni.
tapi bolehla sakit bahu bila mula-mula memanah.
syoknya cikgu...dah lama teringin nak memanah (& nak tunggang kuda juga). Kat mana tempat tu ya cikgu?
assalamualaikum..
boleh saya tahu, encik memanah di mana ya?
Post a Comment