“Mengapa ramai ajk yang tidak datang mesyuarat kali ini dan tiada makluman ketidak hadiran mereka. Sedangkan ana terpaksa ambil cuti untuk bersama mesyuarat bulanan ini.” Ini diantara ritihan dari lubuk hati seorang pengerusi yang aku kenal rapat . Kesihan terpaksa mengurbankan cutinya kerana hari Ahad merupakan hari bekerja bagi beberapa negeri di semenanjung kita ini.
Kompleks JIM Pulau Pinang di Taman Sri Nibong menjadi tumpuan pimpinan JIM Pusat, Negeri dan Daerah bermesyuarat.
Budaya negatif ini jangan dibiarkan menular dan tidak sihat untuk diamalkan terus. Sebagai ajk yang dilantik oleh orang ramai kita memikul satu amanah besar yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Menghadirkan diri di dalam mesyuarat bulanan adalah satu kewajiban yang tidak boleh dipandang sepi. Apatah lagi mesyuarat tersebut telah dijadualkan awal dan panggilan peringatan telah dihantar oleh setiausahanya. Dalam soal ini keutamaannya harus bijak ditangani. Timbanglah semasak-masaknya jika mesyuarat tersebut bertembung dengan kehendak keluarga, kerjaya atau masyarakat. Mungkin di sini ajk harus belajar mengurus dan merancang masa dengan sebaik-baiknya.
Di Yayasan Tok Kenali Kota Bharu, Kelantan dalam satu mesyuarat dalam siri lawatan Pusaka Gayong Pusat ke Kelantan.
Sesuatu pertembungan itu mungkin agak mustahil untuk diraikan kesemuanya. Namun jika dirancang dengan baik ianya boleh mengurangkan masalahnya. Samada sesuatu itu dilaksanakan dahulu atau ditangguhkan kemudian. Cuba jadualkan semula mengikut keutamaan dan kemampuan yang sesuai. Dengan niat yang ikhlas untuk berusaha menyempurnakan sesuatu tanggung-jawab itu maka kita yakin Allah akan membantu memudahkannya. Berusaha dan berdoalah. “Mahu seribu daya tidak mahu seribu daleh”.
Sungguh bertuah telah diterima kunjungan lawatan mesra ke Pejabat Menteri Besar Kelantan. Pertemuan sebegini memerlukan perancangan, disiplin dan keperibadian yang tinggi. Sungguh terharu dengan layanan mesra YAB Tok Guru Nik Aziz walaupun pada ketika itu beliau tidak berapa sihat.
Memaklumkan kehadiran atau melantik pengganti merupakan jalan keluar yang penghabisan. Jika itu pun tidak kita laksanakan maka paling buruklah peribadi kita. Takutilah azab Allah jika tanggung-jawab atau amanah itu terabai.
2 comments:
Tidak hadir mesy sekali sekala atas alasan yg syarie memang patut mendapat kemaafan..masih lagi dikira bertanggung jawab.Tapi tidak hadir dgn sengaja memang la tak bertanggung jawab.
Tapi kalau muka tu selalu saja yg buat hal sebagai contoh selalu ponteng tanpa beri sebarang alasan,lambat dah menjadi darah daging dia,dan sebagainya ELOK benarlah pengerusi kena ambil action memperbetul keadaan.
Tapi apabila pengerusi dah beri teguran JANGAN pulak yg lain tu cuba nak tunjuk simpati yg membuta tuli..bukan membantu tapi menambah lagi degilnya sikap dia tu..dlm hati dok kata dia masih betul.
Ungkapan-ungkapan seperti TAKPA DIA MAI JUGAK,KALAU TAK BOLEH SEMUA BUAT SIKIT PUN JADILAH DAN SEBAGAINYA..JANGAN SEKALI-KALI DIGUNAKAN UTK MEREKA YG SEPERTI INI..NAIK LEMAK..tapi boleh digunakan utk orang yg baik 'performance' nya.
Sedangkan Ar Rasul ditegur oleh Allah inikan pula manusia yg banyak kelemahan dan kekurangannya.
Jzkk Hj Atan diatas komentar. Saya amat kenal peribadi anta dan mereka yang anta maksudkan itu.
Mudah-mudahah blog ini dapat mengislahkan kita semua.
Satu jamaah satu fikrah dan satu identiti. Sahabat merupakan pantulan cermin kita.
Berilah keutamaan kepada yang berhak.
Post a Comment