Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Thursday, April 2, 2009

Lambaian Port Weld.

Bot nelayan kelihatan pulang membawa hasil tangkapan.
Port Weld satu ketika dahulu pernah aku ke sini mungkin lebih 30 tahun yang lalu. Masa itu musim cuti persekolahan penggal ketiga untuk menziarahi nenekanda yang tinggal bersama emak saudaraku. Emak saudara, adik kepada emakku yang bertugas sebagai ‘staf nurse’ di sebuah Pusat Kesihatan Port Weld. Kami anak-beranak pada ketika itu emak, abah dan kami lima beradik cuma naik bas kerana memang tiada kenderaan sendiri. Itulah aktiviti keluarga kami, akan pergi ke rumah keluarga terdekat pada musim-musim cuti persekolahan. Laksa Pak Ap menjadi kegemaran kami dan pada masa-masa tertentu seronok dan asyik melihat bot-bot nelayan mundar-mandir di kuala sungai. Industri memproses ikan kering dan belacan menjadi rutin harian pada ketika itu.
Perjalanan ke Kuala Sepetang mempunyai kesan peninggalan sejarah silam.
Kini aku datang lagi tetapi bukan ke Port Weld tetapi ke Kuala Sepetang. Namanya sudah ditukar-ganti kerana mungkin tidak mahu istilah melayu terus-terusan terpingir. Kehadiranku kali ini bukan bersama emak, abah dan abang-adik tetapi bersama isteri, along dan sahabat-sahabat seperjuangan. Gerai Mee Udang menjadi tumpuan penyunjung di sini. Mana tidaknya di sini merupakan tempat naik udang-udang segar. Kami meninjau ke jeti memang banyak udang-udang diperdagangkan.
Gerai ini dikatakan berada di sini sejak 1956.
Kami ke sini bukan makan angin atau program ziarah tetapi ingin menyumbang sedikit-sebanyak khidmat bakti di dalam PRK N059 Bukit Gantang sebagai rakyat yang bebas berdemokrasi dan prihatin. Tidak rela kami ini duduk-duduk di rumah memerhatikan di kaca TV sahaja sedangkan pejuang-pejuang dan pencinta-pencinta kebenaran lain berhempas-pulas melaksanakan apa yang terdaya untuk suatu agenda penting. Memilih kepimpinan untuk ke Dewan Parlimen yang bakal membawa suara rakyat ke tempat yang sewajarnya.

Memang menjadi tanggung-jawab kita memastikan amal maaruf nahi mungkar terlaksana. Dengan memilih pimpinan yang terbaik tidak kira tempat dan kawasan. Di mana sahaja ini bumi Allah dan kita sebagai insan yang beriman akan berusaha memastikan tertegaknya Syariat Allah di bumi tercinta ini. Mari rakan, mari teman dan para pembaca sekelian.

Aku berazam akan ke sini selalu membawa isteri dan anak dalam kesempatan PRK ini. Agar pada penghujung hayatku nanti isteri dan anakku akan atau telah biasa dengan cara hidup sebegini. Mementingkan agenda perjuangan melebihi daripada yang lain. Semoga di dalam perbicaraan aku di ‘Alam Sana’ dapat aku menjawab; “Aku telah tinggalkan bekalan pengalaman sebagai seorang pejuang kepada anak-isteriku, maaf aku tidak terdaya meninggalkan harta benda kepada kalian”.

Semoga akan damai aku di ‘sana’ insyaAllah.

2 comments:

bleeding_fiz said...

fuuuuuh.... best nye....
sbnr nye saye dah lame t.ingin nak mkn mee udang kat situ....
mesti terangkat punya lah....
mesti uncle n auntie tak lepaskan peluang mkn kat situ kan.... anyway... mesti tmp tu aman n menyeronokan.......

hrusli61 said...

Sudah semestinya best !
Nak makan mee kena selak undang.
Harga boleh tahan biasa RM7 special RM13

Nanti esok uncle nak mai tempat kamu mungkin jam 12.00 noon.

Beli siap-siap PIZAhut kat uncle.