Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Monday, September 14, 2009

10 Malam Terakhir.

Tergamak kita melihat situasi sebegini berlaku kepada anak-anak kita?

Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun. Hadis riwayat Tirmidzi

Bau mulut seorang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat dari harumnya misik (minyak wangi paling harum di dunia). Hadis Riwayat Al Bukhari
Ajari anak-anak berbuka bersama, ini satu ikatan kasih-sayang yang sangat praktikal.

Walaupun berpuasa ianya tidak menghalang kita berinteraksi satu sama lain. Bekerjalah seperti biasa dan bergaullah seperti biasa. Jangan pada bulan ini kita banyakan rehat tetapi banyakanlah beribadah. Rugi jika terlepas, tahun hadapan belum tentu dapat bersama Ramadhan lagi. Apatah lagi pada sesi 10 malam terakhir Ramadhan Al Mubarak ini. Mari kita tingkatkan amal. Bersama keluarga kita bangun malam berqiamulai.

Jangan tinggal bersahur kerana dalam bersahur ada keberkatan. Walaupun dengan sebutir kurma atau seteguk air, pasti ada keberkatannya.

3 comments:

Maiyah said...

salam.. harta dunia takkan bawa bersama.. memberi adalah lebih mulia dr yg menerima.. apalagi dlm bulan mulia ini huhu.. nak raya dah. selamat hari raya maaf zahir utk sekeluarga

hentian said...

Mula-mula tu sahur aku hebat le.. Dengan lauk pauk. Tapi la ni aku bersahur sorang-sorang. Makan biskut jer la...

itu pun kira ok dari sahur dengan air sejuk...

hrusli61 said...

Salam. Jzk kerana sudi memberi komentar di ruangan ini.

Mudah-mudahan kita mendapat manfaat daripada blog kita ini.

Salam Aidil Fitri. Semoga diberkati dan ceria selalu.