Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Saturday, September 19, 2009

Perutusan Aidil Fitri

Salam. Alhamdulillah. Barakallah. Semoga dirahmati Allah SWT sentiasa. Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan maaf zahir batin. Dalam kemeriahan musim raya ini mari kita ambil kesempatan merapatkan silaturahim di antara keluarga dan juga masyarakat setempat. Gunakan ruang waktu semaksima mungkin dengan aktiviti berinteraksi sesama sendiri. Solat berjemaah samada di surau atau di masjid, ziarah sanak keluarga dan sahabat handai.

Pertamanya jangan jupa zakat fitrah kita dan tanggungan kita tunaikan secepat mungkin takut-takut kita terlalai dengan kesibukan dengan persiapan raya. Keduanya ibadah kita di malam raya mari kita budayakan kerana fadhilatnya sangat besar. Seterusnya makan dahulu dan pergi segera melaksanakan solat sunat Aildil Fitri. Pergilah dengan jalan lain dan kembali ke rumah melalui jalan yang lain.
Hidangan juadah merupakan adat yang baik nanum jangan sampai boleh berlaku pembaziran.

Setiap tindak-tanduk kita jangan lupa dakwah dan kebajikan merupakan tugas dan kerja kita di dalam pencarian redha Allah SWT. Maka dekatilah masyarakat dengan paling bijaksana. Bantulah mereka yang memerlukan. Dahului dengan keluarga terdekat, sahabat-handai dan jiran-jiran. Semaikan sikap “hubbul akh”, kasihkan sahabat.

Akhir sekali marilah kita berhati-hati semasa bermusafir berkenderaan, berhemah semasa memandu dan pastikan di rumah yang kita tinggalkan selamat. Gunakan kesempatan ini dengan lebih menyantuni ibu, bapa dan keluarga tersayang. Layani kehendak mereka semampu mungkin. Teruskan budaya beribadat seperti di bulan Ramadhan, banyak membaca Al Quran dan solat malam. Jangan lupa puasa sunat enam Syawal. Semoga kita memperolehi makam taqwa yang kita idamkan insyaAllah.
Anak-anak paling seronok berhari raya. Selain dapat makan duit raya pun akan dapat juga.

Bila kembali ke rumah bersama-samalah kita menyantuni sesama kita pula. Sertailah “Baraan Syawal JIM SPT” pada 4 October 2009 mulai 10.00 pagi di rumah YDP JIM SPT di Taman Guar Perahu dan seterusnya ke rumah AKJ JIM SPT yang lain sehingga petangnya

Jari disusun dan maaf dipinta untuk diri ini dan juga kami sekeluarga. Sebagai ketua sebuah keluarga besar ini tentu banyak kelemahan. Harap diperbaiki dan mendapat teguran mesra daripada semua.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dan semoga diberkati. Wabillahi Taufik Walhidayah. Wassalamualaikum.

3 comments:

maiyah said...

Salam lebaran.. :)

insan marhaen said...

Selama Hari Raya. Maaf atas segalanya. Kirim salam pada mak yer...

hrusli61 said...

Salam Aidil Fitri.
Jzk diatas komentar anda. Semoga bermanfaat untuk diri, jiwa dan minda kita bersama.

Agar Aidil Fitri ini lebih bermakna mari kita hadapi segala dugaan dengan lebih redha lagi dan akan terus menghadapi perubahan di dalam penghidupan ini.

Barakallah ya akhi wa ukhti.