Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Tuesday, November 3, 2009

Perginya Insan Tersayang

Perginya tiada kembali cuma kita yang akan menyusuli. Teruskan amal bakti, semoga di sana kita bertemu kembali dan pasti dikau sudah mula kami rindui.
"Tan suasana di sini tenang dan nyaman sekali". Tanya aku kepada Hj Atan yang bersama menemani menziarahi Ustaz Ahmad Fahmi di Kampong Chelong, Lubuk Buntar, Serdang Bandar Baru. Bonda ustaz baru kembali ke Rahmatullah jam 8.00 malam tadi 2 November 2009. Belum sempat Hj Atan menjawab aku bersuara lagi, "Ini kerana penghuni di sini orang-orang sangat bertaqwa, melimpah rahmah Allah kepada suasana di sini".
Aku lihat ustaz kadang-kala tersenyum menyantuni sahabat-handai yang tidak putus-putus datang menziarahi Allahyarham. Namun kadang-kala sayu merelakan pemergian bonda tercita. Memang aku nampak jelas di wajah ustaz. Dari satu sudut aku dapat melihat sebahagian wajah Allahyarham dari jendela yang dibuka untuk sahabat-handai menatap wajah Allahyarham pada kali terakhir. Di dalam rumah sudah penuh dengan kaum keluarga. Wajah Allahyarham berseri-seri, insyaAllah ahli Jannah doa aku di dalam hati kerana melahirkan dan mendidik anak-anak yang MasyaAllah.
"Cikgu Rusli kena tunggu tolong angkat mayat". ujar ustaz dengan tiba-tiba. Mungkin beliau melawak atau mungkin beliau berhajat. Pada mulanya aku cuma bercadang hendak ziarah sekejap kerana terpaksa ke tempat kerja sebelum 12.30 tengahari. Itu janji aku dengan boss di tempat kerja.
Dengan penuh pengharapan aku pasrah akan menunaikan hajat ustaz. Aku angkat mayat ke dalam keranda, usung hingga setengah jalan ke masjid. Dengan tanpa disedari aku terus ke tempat kerja. Baju uniform dan sebagainya sememang telah tersedia di dalam kereta. Tidak sempat hendak solatkan dan hantar ke kuburan.
Aku rasa sungguh puas dan bersyukur kerana dapat menlaksanakan tugas sebagai seorang sahabat dan aku amat memahami perasaan ustaz kerana itulah yang aku rasai dan terharu apabila ramai sahabat jauh dan dekat datang ke Tapah ketika abah aku meninggal dahulu.
Al Fatihah buat Bonda Ustaz Ahmad Fahmi.

2 comments:

Maiyah said...

Al Fatihah.. moga rohnya dicucuri rahmat

hentian said...

ya... muga kehidupannya wangi diakhirat kelak.