Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Monday, June 28, 2010

Bola Piala Dunia FIFA

Walaupun ianya acara dunia tetapi tidaklah membuat aku merubah aktiviti harianku. Namun tidak juga menjadi kesalahan jika kita ambil tahu semada di atas minat atau sebagainya. Ini adalah kerana ianya cuma sukan dan aktivitinya ke arah kesatuan, kesihatan , budaya sihat dan sebagainya.

Jika ianya dijadikan agenda perjudian maka kita telah ada pegangan tersendiri iaitu hukumnya haram. Tidak kiralah samada ianya mendapat kelulusan atau lesen dari mana-mana pihak sekali pun. Sama juga dengan arak, tidak akan menjadi halal walaupun diluluskan lesen perniagaannya.

Jika kiranya ada yang memaksakan diri menunggu perlawanan hingga ke awal pagi maka gunakan kesempatan ini untuk solat Tahajjud atau solat-solat sunat yang lain. Minat, minat juga tetapi jangan kita lupa solat malam ini juga yang akan menjadi teman kita di kubur nanti.
Bukannya TV atau pasukan bola yang kita minati itu.

3 comments:

hentian said...

entah kenapa tiba-tiba teringat Super Mokh...pemain bola Selangor yang begitu setia dengan negara sendiri dan tidak terlibat dengan rasuah bola.

hrusli61 said...

Yalah IM saya pun hairan kenapa orang mesti memberi dan menerima rasuah.

Mungkin kerana kesempitan kehidupan atau mahu sentiasa bersenang-lenang dengan kehidupan.

Semoga Allah SWT memberi kita sentiasa bersyukur dengan yang sedia ada.

JIM Seberang Perai Tengah said...

Kalau semua peminat bola bangun dan solat tahajjud dulu... hmmmm...