Hari-hari mendatang tentu akan berlalu dengan tanpa disedari. Ia datang dan pergi begitu sahaja. Namun kadang-kala terfikir juga kenapa hari ini aku merasa seronok dan puas hati? Kenapa semalam tidak? Kenapa bosan sungguh kemarin? Kenapa cepat sungguh masa berlalu? Ini patut diteliti agar kita dapat memahami suasana yang menyebabkannya.
Setelah aku dalami baru aku dapati ianya kerana ada beberapa perkara yang berlaku. Aku akan mersaa puas jika pagi itu aku dapat bersolat sunat dhuha. Walaupun dua rakaat tetapi rasa puas dapat mengadu dan memohon dimurahkan rezeki daripada Pemberi Rezeki. Masanya bukan lama cuma beberapa minit sahaja tetapi natijahnya kita merasa tenang hingga sepanjang hari. Kadang-kala aku terfikir sahabat-sahabat lain rajin solat malam masyaAllah maka kenapa tidak ruang yang Allah peruntukkan di waktu dhuha ini aku cuba manfaatkan. Sekurang-kurang aku juga ingin bersama bermunajat kepada Allah.
Aku juga akan puas hati itu jika aku berjaya menghasilkan satu penulisan samada dimuatkan di dalam risalah, e-mail ataupun blog aku. Sebenarnya bukan untuk menujuk-nujuk tetapi memang merasa bertanggung-jawab untuk menyahut galakan dari jamaah boleh menjuarai pandangan umum untuk masyarakat. Tahu tidak tahu ada seorang ‘follower’ di dalam blog aku yang berbangsa Cina. Sudah beberapa kali beliau menyuruh aku menulis di dalam bahasa Inggeris. Beliau juga mempunyai blog peribadi yang berbayar iaitu http://nesohu.com/ layari jika berkesempatan.
Derma darah akan membantu menyambung kehidupan insyaAllah. Bantulah mereka yang perlu bantuan. Mungkin satu hari kita atau keluarga kita yang memerlukannya.
Derma darah akan membantu menyambung kehidupan insyaAllah. Bantulah mereka yang perlu bantuan. Mungkin satu hari kita atau keluarga kita yang memerlukannya.
Seterusnya pasti hari itu aku merasa puas apabila dapat membantu orang lain. Tidak kiralah mereka yang meminta untuk sesi kaunseling, bertanyakan sesuatu perkara mahu pandangan. Kira di tempat kerja, aku menjadi orang tua dan sering dipanggil ‘pakcik’ oleh mereka yang hampir sebaya dengan anak-anak aku. Berbagai masalah hinggakan masalah yang benar-benar peribadi. Itu hasil tarbiah aku bersama Unit Kaunseling Islah dan juga Unit Khidmat Nasihat Islah. Dr Danial Zainal Abidin merupakan ‘sifu’ kami. Beliau sekarang penulis buku terhebat dan motivator terkenal di TV9.
Ini 'sifu' aku, Dr Danial Zainal Abidin, janggut hampir kesemuanya putih lambang kematangan yang tinggi.Sebut pasal anak-anak, aku pasti akan puas jika dapat mengembirakan mereka. Tidak kiralah belanja makan, beli ‘top up handphone’ atau pun beli ‘asam-asam’ apabila pulang dari kerja. Tetapi kekadang akan dimarahi oleh isteri kerana tidak jimat perbelanjaan. Budaya ini memang telah lama aku praktikan sejak aku kecil-kecil dahalu sering aku membeli ‘coklat’ atau sebutan yang sebenarnya ‘gula-‘gula’ untuk adik-adik aku apabila pulang dari sekolah.
Mengedar risalah di pasar malam bersama sahabat dan keluarga satu kepuasan yang tidak terhingga kerana dapat membantu membuat kerja amal.
Mengedar risalah di pasar malam bersama sahabat dan keluarga satu kepuasan yang tidak terhingga kerana dapat membantu membuat kerja amal.
Mari kita carikan perkara-perkara yang membuat kita seronok dan puas. Ianya boleh memotivasikan diri agar berjaya di dalam kehidupan. Para pembaca yang budiman, aku amat bersyukur dan puas kerana masih diizinkan bergerak aktif untuk jamaah dan dakwah yang didukungi. Risau juga melihat ada rakan-rakan yang turun naik, malah ada yang turun tidak naik-naik. Minta dilindungi kita semua.
No comments:
Post a Comment