Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Thursday, May 14, 2009

Sahabat

Adakah anak-anak murid aku akan sentiasa bersamaku. Ini bergantung kepada sikapku. Jika baik alhamdulillah jika tidak ku pohon keampunanMu.

Sahabat ...
Kekalutan mengejar habuan dunia
Sering bermanja terlupa dan alpa
Yang ditimpa ujian kecil malapetaka
Pecah rumah dan beg diragut entah siapa
Ada kehilangan laptop kesayangan jua

Sahabat ...
Kekadang sahabat peka
Kekadang sahabat leka
Peka kerana di depan mata
Leka kerana bukannya kita
Bangkit bangun pinjam kena beli jua

Sahabat ...
Ingin ku cari damai abadi
Tapi rasanya bukannya di sini
Bersama sahabat aku tak sunyi
Sentiasa mahu disantuni menyantuni
Tidak kau sedari aku kurang berisi

Sahabat ...
Melayani untuk disayangi
Semua aktiviti mesti pergi
Kononnya tugas sebagai YDP
Sibuk entah apa-apa lebih dari YB
Adakah itu selari kehendak Ilahi Rabbi

Sahabat ...
Mari kita usaha dan berdoa
Agar hidup ini tidak sia-sia
Tugasan jamaah pikul bersama
Kemewahan hidup tidak ke mana
Semoga diizinkan kita damai di sana

5 comments:

keluarga-amri said...

sahabat adakalanya membahagiakan, kekadang melukakan...

limaumaniss said...

sahabat di kala senang, senang dicari...sahabat di kala susah, memang susah nak cari...

hrusli61 said...

Jzk, terima kasih diatas komentar daripada keluarga-amri & limaumaniss.

Semoga terus memberi pandangan sesuai sebagai sahabat blog.

Kanku cuba jua menberi pandangan kepada blog kalaian. InsyaAllah

Panglima Hitam said...

Adakalanya secara kebetulan atau tidak sedar mungkin,kita terlepas pandang atau tidak menyangka dengan apa yg kita cuba hendak sampaikan tidak disengi org lain..tp,tidak bermakna ia adalah kesalahan kita..juga tidak pada org yg menyalahkan kita.......
Selamat Hari Guru..

bloggerspenang said...

Assalamualaikum..

Minta kebenaran untuk salin artikel ini di KBP ya tuan rumah :D

Wassalam..
co|bloggerspenang