Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Saturday, September 5, 2009

Ikut Isteri Shopping di bulan Ramadhan.


Aku sudah berada di luar counter bayaran, letih berjalan cari kerusi untuk merehatkan badan tetapi beliau masih beratur untuk menunggu giliran membayar.

Teringat akan tulisan Pak Utih mengenai suami yang menemani isteri shopping. Mula-mula kena pasang niat temankan isteri kerana mencari redha Allah SWT. Kemudian secara jujur temanilah dia dan berilah bantuan yang diperlukan apabila ditanya pendapat mengenai pakaian yang beliau pilih. Jangan hanya sekadar jawab cantik kepada pakaian yang dipilih untuk mengelak beliau shopping lebih lama. Bawalah beliau ke tempat yang beliau mahu tanpa mengomel. Mungkin kita akan keletihan tetapi percayalah hasilnya akan berbaloi pahala pun dapat.

Tetapi yang paling kesian ialah kereta aku ini jarang benar berehat, isi minyak jalan, isi minyak jalan. Jika boleh bercakap tentu dia akan menjerit-jerit minta belas kesian. Tidak kira siang atau malam pasti aku pandu maklumlah aku ada cuma satu kereta ini sahaja.

Pelik juga masa muda-muda dahulu tidak payah suruh-suruh sanggup temankan walaupun bila-bila masa dan di mana sahaja. Mungkinkah dunia sudah maju, zaman sudah berubah atau mungkin aku sudah tua tenaga sudah tak larat. Tetapi alhamdulillah aku masih dapat atasi sikap malas aku itu. Minggu sudah aku temani isteri beli bahan-bahan buat kueh raya dan minggu ini temani beliau beli baju raya pula. Kira OK lah tuu.

Ramai yang bersolat sunat Tarawikh sehingga 8 rakaat sampai penuh masjid.

Malam ini aku ke masjid di taman solat Isyak dan sunat Tarawikh. Ida dan adik aku Seliha pun ikut sama. Kami cuma solat 8 rakaat sahaja dan ramai jemaah yang solat 8 rakaat Tarawikh. 8 ke 20 rakaat ke janji kita solat jangan tidak buat lansung. Jangan berbalah lagi, ulama telah lama membahas isu ini. Dua-dua ada hujah dan nas masing-masing. Buatlah dengan kefahaman bukan ikit-ikutan sahaja.

Tidak ramai yang sanggup solat sunat Tarawikh sehingga 20 rakaat. Tinggal beberapa saf sahaja.

Kita perlu ingat solat sunat Tarawikh ini cuma ada di bulan Ramadhan sahaja rugi jika tertinggal entah boleh entah tidak dapat kita ketemu dengan bulan yang penuh berkat ini di tahun hadapan.

3 comments:

Maiyah said...

salam.. sy solat terawikh sorang2 kat bilik n 8 rakaat jer sbb sakit, tp rasa nak sgt gi masjid.. kalo lah bleh kan

Ariff Budiman said...

Disurau saya kami buat 8. Tapi kalau pulang kerumah masih lagi dengan TV. Masih lagi boleh bersembang kosong tepi jalan. Lebih baik buat 20. Soalnya tepuk dada tanyalah iman kita

b said...

ya, setuju shj walau apa jua pndapat..tp dkat akhir Ramadhan ni, try tngok hit 20..Insya-Allah ada hikmah..

Bleyh guna gak idea ikut isteri sHopping ni..bernas+kreatif..
TP mmg Allah kurniakn wanita x knal erti penat pabila ada prkara yg diingini..

>UMAR<