Setelah sebulan lebih tidak ke sini aku rindukan suasana nyaman paginya beriadah bersama isteriku dan sahabat-sahabatku yang lain.
"Li Ahad ni nak buat PATT tak?" Tanya Ahmad Baharuddin, Pengurus Program Pagi Ahad Tidak Tidur (PATT). "Buat", jawabku. Ahmad bertanya lagi, "Nak buat di mana?". "Di Mengkuang Dam lah." jawabku spontan.
Memang aku telah rancang dengan isteriku untuk ke Mengkuang Dam, jika tidak hari Sabtu, hari Ahad ini. Ada dua sebab, pertama terasa rindu hendak ke sana dengan suasana nyaman paginya beriadah dengan Ida. Kedua badan pun rasa tidak berapa sedap mungkin banyak makan seminggu berhari raya. Maka harus segera bersenam, usia telah lanjut maka kesihatan harus terus dijaga. Inilah di antara keluarga besar kami yang sering bersama di mana-mana program JIM yang jauh mahu yang dekat.
"Li Ahad ni nak buat PATT tak?" Tanya Ahmad Baharuddin, Pengurus Program Pagi Ahad Tidak Tidur (PATT). "Buat", jawabku. Ahmad bertanya lagi, "Nak buat di mana?". "Di Mengkuang Dam lah." jawabku spontan.
Memang aku telah rancang dengan isteriku untuk ke Mengkuang Dam, jika tidak hari Sabtu, hari Ahad ini. Ada dua sebab, pertama terasa rindu hendak ke sana dengan suasana nyaman paginya beriadah dengan Ida. Kedua badan pun rasa tidak berapa sedap mungkin banyak makan seminggu berhari raya. Maka harus segera bersenam, usia telah lanjut maka kesihatan harus terus dijaga.
Aku sisipkan sedikit penerangan yang amat baik bertajuk, 'Jantung Sihat Sepanjang Hayat' dari http://www.kesihatan.biz/Hidup_Sihat.php
Tahun lepas dilaporkan bahawa terdapat 9,000 kematian di hospital kerajaan akibat penyakit kardiovaskular. Ia merupakan 22.5% dari jumlah kematian yang direkodkan. Ini memberi gambaran sebenar mengenai gaya hidup moden yang meliputi diet, senaman, waktu bekerja dan penggunaan produk tembakau. Kita memakan makanan segera yang mengandungi kadar lemak yang tinggi, natrium dan karbohidrat murni. Kita kurang bersenam kerana sibuk bekerja di dalam pejabat yang berhawa dingin.
Anak-anak tidak ketinggalan bersama kami. Rasa selamat jika mereka sentiasa di depan mata dari ditinggalkan di rumah sahaja.
Ramai yang masih merokok walaupun harga rokok naik tiap-tiap tahun.Sudah sampai masanya untuk kita semua mengambil berat tentang kesihatan kita. Kita tidak mempunyai cara lain melainkan mengubah gaya hidup kita. Menjalani gaya hidup saya memerlukan komitmen.Ingat, penyakit jantung dan strok tidak menyerang mereka yang gemuk sahaja. Orang kurus juga diserang penyakit jantung dan strok. Orang gemuk yang bertenaga (fit) mempunyai risiko mengidap penyakit kardiovaskular yang lebih rendah berbanding dengan orang kurus yang lemah. Untuk menjadi bertenaga, anda perlu menjalani gaya hidup sihat.
Jika kita selalu bersenam, makan dalam kuantiti sederhana, makan makanan seimbang, tidak meminum alkohol, tidak merokok dan mempunyai rehat yang cukup, besar kemungkinan jantung kita akan kekal sihat untuk tempoh masa yang lama.
Habis PATT kami merancang pula nanti mahu ke mana pun hari itu.
Harapanku agar kita bersama akan mendapat manfaat dari PATT ini. Kita tahu ianya untuk diri sendiri bukan kerana kita segan dengan rakan-rakan lain.
6 comments:
Salam Jendelahati...
Zai ngan suami pernah jugak bawa anak2 ke mengkuang dam ni..mmg cantik tempatnya tapi betul ke tmpt ni keras sikit ??? takut juga nak bawa anak2 kecil kesana sbb kawan2 ckp ada kanak2 pernah hilang kat sana sbb kena sembunyi dengan makhluk halus..
Salam Jendelahati...
Zai ngan suami pernah jugak bawa anak2 ke mengkuang dam ni..mmg cantik tempatnya tapi betul ke tmpt ni keras sikit ??? takut juga nak bawa anak2 kecil kesana sbb kawan2 ckp ada kanak2 pernah hilang kat sana sbb kena sembunyi dengan makhluk halus..
Salam. Zai, jika nak hurai panjang tapi cukup saya nyatakan di mana-mana pun ada makhluk halus ini. Cuma di tempat yang sunyi dan terpencil memang menjadi kegemarannya. Elakan pergi waktu senja dan laluan bukit yang sunyi itu.
Jangan biarkan anak-anak kecil berjalan bersendirian.
Alhamdulillah kami dah lebih 10 tahun ke sini bersama anak-anak kecil masa itu.
Allah SWT sahaja tempat berlindung.
keluarga bahgia
:)
kesian ye orang tegar rokok ni. satu kerja pula nak nak melayan ketagih dia.
bila sembahyang di sebelah perokok ni, terganggu pulak aku dek baunya yang erkksss....
rindu juga suasana kat sana... lebih-lebih lagi senaman perut..
Post a Comment