Ini bukan tatoo tetapi kesan gigitan pacat di Lata Celak. Pacat di sini mungkin jenis yang luar biasa. Semua ada 11 gigitan tetapi yang ini sungguh terkesan. Lihat baru 10 hari ianya seperti hidup berlengkaran ke beberapa arah.
Namun perasaan aku masih berkecamuk. Pagi hari itu juga aku mendapat sms dari salah seorang anak muridku bertanyakan gelanggang yang sesuai beliau turun untuk kembali aktif berlatih silat. Namanya tidak terpapar di talipon bimbitku, maka aku menjawab sms itu untuk mengetahui siapa yang empunya sms. Beliau cuma menjawab, "Orang dari Halaman Areka". Jenuh juga aku fikirkan siapa dia. Aku mengambil keputusan supaya tidak mengendahkan sms itu lagi. Di tempat kerja pula dua sahabatku masih bercuti, Jo dan hafinah, bosan juga tiada teman untuk berbual masa rehat. Pagi itu aku tidak sempat solat sunat dhuha kerana ada mesyuarat pagi Isnin.
Mungkin perasaan aku terganggu kerana ada satu projek dan satu 'assignment' di kilang aku yang belum diselesaikan lagi. ‘Boss’ sentiasa bertanya dan mahukan laporan bertulis semuka pada hari itu juga sebelum jam 3.00 petang. Projek aku terlewat gara-gara vendor yang tidak dapat menepati masa. ‘Assignment’ aku pula terpaksa bergantung dengan cadangan dari kilang induk kami di Jepun dengan bantuan Shibuya San. Sepatutnya aku jangan campur-adukkan soal kerjaya dengan masalah peribadi. Walaupun pernah satu ketika dahulu aku menjadi ko-kaunselor dalam Unit Khidmat Nasihat Islah, membantu dan memotivasikan mereka yang memerlukan. Tetapi sebagai insan biasa aku juga perlu dikaunseling dan dimotivasikan.
Harapanku hari ini, aku pasti akan merasa terhibur kerana malam ini ada perjumpaan bersama sahabat-sahabat pimpinan JIM SPT. Perjumpaan yang dinamakan ‘usrah’. Perjumpaan mingguan bertanya khabar dan membincangkan hal-ehwal JIM, dakwah dan kebajikan. Satu perjumpaan mesra berkonsepkan keluarga. Jamuan ringan dan kadang-kadang berat telah menjadi agenda rasmi, itu yang seronoknya. Ini diantara satu rangkaian proses tarbiah JIM. Rugi jika ketinggalan.
“Ya Allah tambatkan hatiku ini dengan kemanisan berusrah”.
3 comments:
perasaan ini seperti ombak di permukaan laut. kekadang tenang kekadang beralun. itu adalah fitrah. ada diantara kecamukan itu kita boleh selesaikan dengan formula. namun ada diantaranya hanya masa yang merawatnya.
Dasyat juga pacat tu cikgu. Setahu saya yang pernah bergelumang main pacat atas tapak tangan belum pernah lagi menghadapinya. Tahniah cikgu
tapi.....DeQnor lagi SAAAAYAAAAANG abah.......!
Post a Comment