Pada suatu hujung minggu beberapa tahun lepas berkesempatan menghadiri satu seminar komunikasi berkesan di NPC (Pusat Produktivi Negara) Kepala Batas. Penceramahnya seorang pakar motivasi dari sebuah IPT di Kota Bharu, Kelantan. Beliau pernah belajar di USM Pulau Pinang satu ketika dahulu. Turut serta didalam seminar ini ialah pensyarah, pengurus, doktor, guru-guru dan mereka yang terlibat dengan kaunseling.
Rata-rata pasangan yang hadir dalam seminar ini telah berkahwin lama. Ada pasangan telah menjangkau 25 tahun. Dalam sesi soal-selidik ramai yang diklasifikasikan sebagai pasangan sangat intim. Ada juga yang cuma diklasifikasikan sebagai intim sahaja malah ada pasangan yang bermasaalah. Sesi ini sungguh telus kerana setiap pasangan diberi peluang bercakap mengenai rumahtangga masing-masing. Perkongsian pengalaman ini banyak memberi pengajaran praktikal kepada para peserta malah penceramah sendiri mengakui hakikat ini.
Diantara yang paling menarik yang tercetus di dalam seminar ini ialah isu "isteri tidak romantik." Dalam perjalanan penghidupan berumahtangga ini faktor masa dan usia telah megurangkan sensitiviti ini. Anak sudah membesar maka sensitiviti ini kurang diberi perhatian. Kalau dahulu berpimpinan tangan apabila menyeberangi jalan tetapi kini tidak lagi. Kalau dahulu selalu makan sekali tetapi kini jarang dapat bersama di rumah. Pakaian dan penampilan ke tempat kerja kemas rapi tetapi pakaian di rumah macam "hantu kubur" sahaja.
Mari kita fikirkan bersama, romantik dalam erti kata yang lebih luas bukan hanya di kamar sahaja. Ianya meliputi dalam semua bentuk kasih-sayang, pergaulan kekeluargaan, percakapan, pandangan mata dan penampilan diri. Hargailah saki-baki hidup ini dengan baik. Jadikan setiap waktu yang berlalu itu berkualiti dan meninggalkan kesan-kesan yang boleh dicontohi. Baru boleh kita tarik nafas puas. Alhamdulillah haaah !

No comments:
Post a Comment