Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Sunday, September 14, 2008

Solat di dua surau.


Salam. Alhamdulillah. Hari ini memang 'best' dapat solat di dua surau. Maghrib di Surau Taman Baru, Seberang Jaya bersama sahabat JIM SPT dan Isyak serta Tarawikh di Surau Taman Sri Janggus, Alma bersama pimpinan Silat Pusaka Gayong. Paling 'best' dapat bawa anak-anak dan isteri bersama. Kecuali Nurhidayah anak keduaku yang sedang menuntut di Kolej Poly-tech Mara Ipoh jurusan Multimedia.
(gambar di atas Hj Atan kedua dari kiri dan Rusli kanan sekali di Taman Baru)

Di Taman Baru, Hj Atan jadi 'host' Iftar Perdana dan tazkirah oleh Ust Khairul Anwar Musa. Manakala di Surau Sri Janggus Imam Ust Razali Ismail Ketua Beradat Silat Pusaka Gayong dan tazkirah telah disampaikan oleh Ust Ahmad Fahmi Abu Bakar Mudir Sek Islam Al Islah Tok Bedu, Tasik Gelugor, yang merupakan Imam Waris Beradat Silat Pusaka Gayong.

Ust Ahmad Fahmi menceritakan seorang sahabat Nabi, Abdullah Ibn Usamah yang diutus mengadap Kisra Parsi untuk menyampaikan seruan Islam. Sifat tegas dan berani patut kita contohi. Kedua ustaz menceritakan mengenai sahabat Sumamah ibn Usyaib Ketua Bani Umamah yang gigih bekerja untuk Islam. Walaupun pada mulanya beliau menetang Islam. Selepas beliau ditawan, Rasulullah saw telah melayani beliau dengan baik dan apabila beliau dibebaskan beliau telah memeluk Islam kerana tersentuh dengan layanan dan akhlak Islam.


(Di Surau Sri Janggus dari kiri Ust Razali, Cikgu Fuzi & Rusli manakala Cikgu Helmi Harun tukang ambil gambar)

Rumusan tazkirah; pertama kita kena yakin dengan kemenangan Islam, kedua bekerja untuk memperjuangkan Islam dan ketiga Allah SWT sentiasa melihat kita maka pohonlah doa dan hidayahNya. Walau apa pun rintangan hidayah sebenarnya milik Allah, yakinlah.
J & W

No comments: