”Berapa harga handset adik?” ”RM300” jawabnya ringkas. ”Dari mana adik dapat RM300 itu?”” Abah bagi kerana adik mendapat 3A peperiksaan PMR yang lalu”. ”Kalau handset adik ini jatuh apa perasaan abah?” ”Marah”, jawabnya. Sebenarnya ayahnya tidak akan marah tetapi cuma akan terguris hati. ”Kalau adik baling handset ini apa perasaan abah ...?”
Itu diantara realiti penghidupan dimana seorang remaja yang tertekan menjadikan handsetnya sebagai pelepas tekanan. Hampir dihempasnya handset itu kerana tidak tahan dengan tekanan yang sedang melanda dirinya itu. Beliau tidak mampu memikirkan apa akan terjadi seterusnya jika handset ini rosak teruk. Tentu sekali si ayah akan cuba berusaha memperbaiki handset itu atau akan mencari jalan membeli yang terpakai sebagai gantinya. Mungkin juga beli yang baru atau mungkin akan memberi ganti handsetnya sendiri kerana wangnya tidak mencukupi. Begitulah hati seorang ayah.
Menangani tekanan bukan perkara senang. Kanak-kanak, remaja mahupun orang dewasa tentu mempunyai tekanan perasaan yang tersendiri. Menerima hakikat ialah salah satu cara menangani tekanan. Jangan buat sesuatu apabila kemarahan telah memuncak. Ambil wudhuk atau mandi dan jauhi masalah itu seketika. Kalau ada kemampuan solat sunat 2 rakaat dan berdoalah. Kemudian jika sesuai datang kembali dan tangani masalah itu tenang.
Asingkan masalah dengan bijaksana. Sekiranya di sekolah atau pejabat biarlah masalah itu di situ. Jika masalah keluarga dan rumahtangga biar ianya habis atau tangguhkan di situ dan begitulah seterusnya. Jangan dibawa ke tempat lain. Carilah seseorang untuk meluahkannya sesuai dengan individu itu, masa dan tempatnya. Paling penting sekali kita terima hakikat perkara yang berlaku itu, redha dengan ketentuan Allah SWT selepas kita berusaha dan melakukan yang terbaik. Akhir sekali berdoa dan bertawakkallah.

No comments:
Post a Comment