Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Tuesday, March 17, 2009

Silat Satu Yang Luar Biasa.

Dua orang sahabatku seorang ustaz dan seorang jurutera beraksi dengan permainan seni keris. Dua insan yang berlainan kerjaya bertemu di dalam satu gelanggang latihan.

"Tak best lah silat ini tak ada terbang-terbang" Itulah jawaban seorang rakan apabila aku mengajak dia melihat latihan silat di perkarangan Masjid Al Huda di Sungai Ara. Aku juga sependapat dengannya satu ketika dahulu sebelum aku mempelajaran silat Gayong ini. Ingin sungguh berkebolehan melompat tinggi ke sana-sini. Berkebolehan berjalan di atas air. Mampu melentur besi dengan tangan. Mempunyai kekuatan yang luar biasa menumpaskan ramai orang sekali jus. Macam cerita-cerita di layar perak.
Gurulatih muda tetapi kemahiran mereka tinggi. Mampu bermain seni parang panjang. Generasi mereka inilah patut diberi penumpuan khusus demi pembentukan pelapis pejuangan ini.

Aku masih berkeyakinan ini semua tidak mustahil jika diamalkan latihan dan amalan dengan betul serta dengan izin Allah. Namun adakah itu sahaja matlamat kita belajar silat. Untuk dijadikan jaguh dan mempunyai kekuatan luar biasa? Mungkin ada yang menjawab "Ya". Aku sanjungi pegangan itu, tapi bagi aku "Tidak". Kerana bagi aku silat mempunyai agenda yang lebih besar dari itu. Ianya adalah wasilat atau alat untuk kita berinteraksi di antara satu sama lain. Tidak boleh seorang seorang. Ianya adalah satu bentuk tarbiah atau cara mendidik insan. Agar berpegang teguh dengan Tali Allah (Al- Quran dan As Sunnah) dan jangan bercerai-berai. Ianya adalah satu perjuangan yang berterusan. Mempertahankan aqidah, diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Di bahu mereka aku meletakan harapan mengunung kerana aku mungkin tidak akan mampu bertahan lama. Lumrah alam setiap yang bersifat 'baharu' akan pergi. Semoga menjadi amal soleh.

Silat mempunyai tolakan yang luar biasa. Muridnya sungguh taat kepada guru. Sanggup berlatih dengan keras tanpa memperhitungkan penat, lelah, sakit, cedera dan segala natijah (hasil) dari risiko latihan keras itu. Tujuannya demi mendapat kemahiran yang tinggi. Sabar bila diuji guru. Sabar bila dicabar orang untuk berkelahi mahupun untuk menguji kekuatan. Lagi tinggi ilmunya lagi tunduk dia merendah diri. Ini memang luar biasa.
Inilah hasil titik peluh bersama Gayong. Semoga mereka menghargainya bukan untuk seseorang tetapi untuk warga Gayong keseluruhannya. Jadilah benteng pertahanan agama.

Itu pesan guruku agar jangan dipersia-siakan seni silat ini kerana ianya suatu kurniaan yang mempunyai daulatnya tersendiri. Aku yakin ilmu ini jika diperturunkan dengan baik akan menjadi amal soleh yang akan berterusan pahalanya walaupun kita sudah tiada. Semoga tiada yang menyalah-guna ilmu persilatannya.

Hidup Mulia Mati Syaahid

2 comments:

Anonymous said...

Semalam kat tv3 rancangan Misteri Nusantara sempat tengok ahli silat gayong ****** menangkap jin kat satu rumah yang bermasaalah.

Gayong Pusaka boleh buat gitu ke?

hrusli61 said...

Terima kasih kerana bertanya. Di dalam matapelajaran Pusaka Gayong tiada ilmu tangkap jin. Mungkin individu tertentu itu mempelajarinya dari guru lain secara sendirian.

Yang kami diajar ialah tangkapan kunci mati tangan kosong dan bersenjatasesama manusia.

Hendak menangkap anak-anak muda untuk turut bersilat pun agak susah inikan pula menangkap jin. Biarlah mereka yang arif melakukan tugasan itu.

Terima kasih sekali lagi kerana mengikuti blog ini.