Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Tuesday, March 24, 2009

Tulisan lebih tajam daripada mata pedang.

Diantara tulisan dan kata-kata mana lebih berkesan?

Berkongsi pengalaman dan perasaan serta emosi dalam penulisan adalah salah satu cara untuk memberi kelegaan dan kadang-kala ketenangan. Ianya juga dapat diabadikan untuk manfaat umum dimasa akan datang. Kita perhatikan dengan teliti ianya kadang-kala mengandungi banyak unsur-unsur yang tersirat. Untuk diri sendiri dan juga yang lain.

Mungkin banyak teguran dan pandangan yang baik daripadanya. Ada tulisan berbentuk sindiran, maka berhati-hati menafsirkan sesuatu itu. Tetapi mungkin ada perkara-perkara agak keterlaluan hingga meminggirkan konsep adab dan tatasusila. Kita sama-sama ketahui, bercakap dengan ibubapa lain adabnya dan bercakap dengan kawan lain sifatnya. Begitu juga bercakap dengan pimpinan kita.. Walaupun niatnya amat baik tetapi alangkah indahnya jika cara dan niat ini dapat dimurnikan sekali. Begitu juga dengan penulisan.
Berkongsi pengalaman amat baik ianya membuka minda dan lebih memahami dan mendalami emosi.

Bagi yang pernah menonton cerita "Sumpah SeMerah Padi" lakunan Deddy M Borhan. Dalam dialognya; "Jika Ibu saya yang berzina nescaya akan saya ..." Perumpamaan dan contoh ibu dalam konteks ini amatlah biadap dan tidak sopan sama sekali. Perumpamaan anak kepada ibu berbeza dengan perupamaan bapa kepada anak. Perumpamaan itu mungkin baik tetapi pemilihan model atau contohnya amat tidak sesuai.

Tulisan tidak memilih sesiapa, ianya boleh dibaca dan dihayati oleh semua peringkat tanpa batas.

Kita pun ada mempelajari seerah Ar Rasul saw pernah bersabda dalam konteks ini, " Andainya Fatimah mencuri akan aku potong tangannya." Nah, ini ketegasan Ar Rasul saw dengan perumpamaan yang lebih tepat dan mendidik. Begitu juga dalam penulisan.

Dalam penulisan perlu ikhlas, bertanggung-jawab, bahan dan suasana hendak tepat. Mudah-mudahan ianya mendapat ganjaran setimpal. Tulis untuk mendidik. Menulis satu pengkongsian. Menulis untuk memberi satu hiburan. Penulisan itu juga satu sudut dakwah. Benar kata petatah “Tulisan lebih tajam daripada mata pedang.”

3 comments:

insan marhaen said...

bagi yang bijak, beliau membaca dan menilai dengan dirinya. tapi sesetengah orang membaca dan menilai diri penulis.

yang bijak akan dapat menafaat.

Mata Hati said...

Betul, disebalik yang tersurat ada yang tersirat. Hanya penulisnya yang lebih memahami. Si pembaca boleh buat telahan sendiri. Samada ingin berkongsi terus atau berdiam diri.

Ikhlas didalam penulisan. Berilah peluang dan hak untuk menyampaikan sesuatu itu.

limaumaniss said...

insan marhaen ..

kalauu ubah sikit pepatah omputih jadi lebih kurang camni..

"dont judge the writers' by his writings"...