Kehadapan suamiku yang dicintai. Sengaja ku tulis warkah ini untuk tatapanmu. Tidak bermaksud apa-apa cuma sekadar ingin menyampaikan ucapan terima kasih kerana sudi menjadi teman hidupku. Ku pohon bila dikau berkesempatan membaca warkahku ini, bacalah dengan hati yang terbuka. Kerana berkemungkinan aku tidak akan mampu menulisnya buat kali yang kedua. Ku berdoa agar Allah SWT mengurniakan tambahan kekuatan buat kita berdua agar sentiasa bersama di dalam bahtera rumah tangga ini. Aku bersyukur bahtera kita ini sudah di dalam pelayarannya yang melebihi 23 tahun. Segala ombak dan badai kita harungi bersama. Mungkin kebanyakan suasana pelayaran kita nyaman sentiasa dengan hembusan bayu lembut yang kita alami namun aku masih terus berdoa agar suasana ini berterusan.
Apakah yang didoakan beliau? Bagi aku, ku pohon Allah SWT memudahkan dan memberkati perjalanan hidup kami sekeluarga.
Suamiku, aku meminta maaf jika aku nyatakan di sini aku tidak pandai mengasuh dan mendidik anak-anak kita. Pelajaranku cuma lepasan tingkatan lima sekolah Melayu berbanding dengan dikau dari aliran Inggeris berkelulusan IPTA. Tetapi aku tetap bersyukur dikau memilih aku sebagai teman hidupmu. Walaupun pada mulanya aku sungguh sangsi kejujuran dan kesungguhan hatimu. Kau datang daripada keluarga yang berada manakala aku anak yatim daripada keluarga nelayan miskin pada ketika itu. Engkau sendiri pernah melihat pondok usang rumahku di pinggiran hutan bakau dekat tepi laut. Bagaikan Sang Enggang dengan Si Pipit mungkin tidak bisa terbang bersama. Itu andaianku pada ketika itu.
Suamiku, dahulu keislamanku amat tipis, terima kasih kerana membimbing diriku hingga aku sebegini. Solat dan puasa dapat aku laksanakan dengan baik, aurat aku terpelihara dan yang pentingnya pergaulanku sentiasa bersama dengan mereka yang soleh dan solehah dan aku cukup selesa dan bahagia dengan suasana sebegini. Aku sudah kenal erti kehidupan, aku sudah kenal medan dakwah dan aku sudah kenal gelanggang perjuangan. Ku meniti saki baki hidup ini dengan amalan berfaedah sekali. Aku senang sebegini. Alhamdulillah.
Saat bahagia kami diijab-kabulkan pada tahun 1985 di sebuah rumah usang di Kampong Sulup, Teluk Kumbar, Pulau Pinang. Tempat aku dibesarkan.
Aku sering bersama beliau walaupun terpaksa membawa anak kecil kami Muhammad Sobri seperti ke Perkhemahan Semangat Waja (PERKASA) anjuran JIM Pusat.
Suamiku,semoga dikau sentiasa sihat, walafiat, bertambah baik rezeki kita dan diberkati. Dipermudahkan usaha dan dikurniakan keselamatan. Aku harapkan aku masih mampu menjadi pendorong untuk dikau lebih berjaya dalam perjuanganmu yang aku yakin pasti ada ganjaran di sisi Allah SWT buat kita berdua. Kau selalu berkata jika kita tolong agama Allah, Allah pasti akan menolong kita. Teruskan perjuanganmu. Aku bangga menjadi isterimu.
Terima kasih suamiku.
8 comments:
Mengalir air mata ini membaca luahan sang isteri. Saya doakan kepada Allah Agar Allah pelihara cikgu sekeluarga dan Allah melindungi dari segala hasad dengki manusia dan syaitan. Semoga Allah berikan keberkatan kepada keluarga ini kerana memilih islam sebagai jalan hidup
Hebat sungguh sang isteri mampu mencoretkan pengalaman hidup bersamamu..aku juga seperti Budiman sayu tak kala membaca baris-baris ayat-ayat cinta yg dicoretkan oleh isterimu
dan yg lucunya dia kata bab kopi radix..patut la hang kalau buat program tak tidoq tiga hari tiga malam
Hj Atan tak sangka no Ida ada bakat penulisan. Ni taraf IPT bukan kampong
Tersentuh dgn ayat-ayatnya...Sukarnya utk luahan lafaz yang tersimpan...luahan dlm program mungkin boleh..
Tulang belakang bagi kejayaan suami adalah isteri. Jangan lupa, pandanglah isteri dengan pandangan seorang teman. Bukannya pandangan seorang orang lain...
Terima kasih kepada yang memberi komen. InsyaAllah akan dimuatkan lagi tulisan-tulisan drp Ummu Hidayah buat manfaat dan panduan bersama.
Pengalaman dan perasaan sungguh indah dikongsi bersama kalian semua.
Bukan untuk menunjuk-nunjuk hanya sekadar memberi suntikan kasih bagi yang sudi.
heeeem... attractive story... very sweet ...
anyway that picture like strange je... right to uncle and aunt... nmpk cam lebih (.....) huhuhuhu.... opah tak ade pun???
hope your family will happy forever
Post a Comment