Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Wednesday, July 29, 2009

Engkau fikirlah sendiri.

Jangan hanya duduk di rumah mengadap PC sahaja. Keluarlah melihat dan memikirkan keindahan alam buana ini. Banyak lagi yang boleh diterokai.

Beruntunglah mereka yang mampu menulis, mempunyai ide-ide dan mampu berkongsi dengan orang lain tulisanya. Satu kepuasan bila tulisan tersebut disiarkan dan sentiasa segar di dalam blognya sendiri. Itu pun kira kita sedang berdakwah juga. (000)

Rugilah mereka yang mampu menulis, mempunyai ide-ide, tetapi tidak mampu berkongsi dengan orang lain tulisanya. Maka beliau harus belajar sekurang-kurangnya dengan mereka yang boleh membuat blog. Jika tidak, sayang jika tidak dapat dimanfaatkan karya-karya yang mungkin berharga. (001)

Rugilah mereka yang mampu menulis, tetapi tidak mempunyai ide-ide dan mampu berkongsi dengan orang lain tulisanya. Orang sebegini harus pergi belajar bagaimana boleh menjana ide seperti menghadiri bengkel penulisan kreatif. Semua perkara harus diusahakan dan cungkil jika tidak ianya akan terbenam sampai bila-bila. (010)
Di sinilah tempat aku dan isteri mencari ketenangan pada pagi hari. Selepas itu kami akan singgah di mana-mana warung menikmati sarapan pagi berdua-duaan.

Rugilah mereka yang mampu menulis, tetapi tidak mempunyai ide-ide dan tidak mampu berkongsi dengan orang lain tulisannya. Jika ada kemahuan yang susah akan dipermudahkan. Penulis ini tidak boleh bersendirian sahaja di rumah. Keluarlah sambil memerhatikan sumber-sumber ilham, beliau harus berinteraksi dengan orang lain. Mahu belajar jangan mengira-mengira sangat. (011)

Rugilah mereka yang tidak mampu menulis, tetapi ada ide-ide dan mampu berkongsi dengan orang lain. (100)
Rugilah mereka yang tiadak mampu menulis, tetapi ada ide-ide dan tidak mampu berkongsi dengan orang lain. (101)
Rugilah mereka yang tidak mampu menulis, tiada ide-ide dan tetapi mampu berkongsi dengan orang lain. (110)
Tiga perkara di atas masalahnya serupa sahaja, jika ada kemahuan pasti ada jalanya.

Ini salah seorang penulis blog yang sensasi dan popular. Aku tidak akan terlepas membaca penulisannya. Penuh tanda tanya dan misteri. Kadang-kala susah hendak percaya. Tetapi aku kenal peribadi ini sudah lama. Rakan sepermainan aku, main pisau. Tikam-menikam hingga ke alam mimpi.

Rugilah mereka yang tidak mampu menulis, tiada ide-ide dan tidak mampu berkongsi dengan orang lain. Orang yang sebegini kena mandi bungalah jawabnya. Jangan ambil hati melawak sahaja. Orang yang sebegini cukup berperanan penting dengan menjadi pembaca dan menyebarkan kepada orang lain.(111)

Anda di mana?

Friday, July 17, 2009

Antara Rindu dan Risau.

Syuhadah bersama emaknya di Konvo Along di Poly Seberang Perai.

Diantara kerinduan dan kerisauan emosi ini sama banyak berat timbangannya. Kini hampir 2 minggu Syuhadah berada di Poly Johor Baharu di Pasir Gudang suatu destinasi bagi aku sangat jauh. Berbagai perkara timbul untuk diselesaikan. PTPTN dah dua kali beli no pin dan satu no pin kena bayar RM5 beli di BSN. Mula Syuhadah daftar dan berjaya masuk tetapi lupa kata laluannya apabila mahu kemas kini. Kemudian bila mohon kata laluan baru, sistem minta buka e-mail untuk mendapat kata laluan baru. Lupa pula kata laluan alamat e-mail yahoo pula. Jadi saya beli lagi no pin kedua. Bila Syuhadah cuba buat permohonan baru, sistem rejected sebab no kad pengenalan telah digunakan. Talipon talian PTPTN tiada dapat masuk hingga sekarang. Hari ini pengawai PTPTN akan datang ke Poly, saya suruh Syuhadah apply manually shaja

Ada seorang dua sahabat menasihati agar mencari usaha lain dahulu untuk pembiayaan yuran pengajian ini. Bila tiada pilihan baru minta PTPTN. Kerana bayaran baliknya akan memberi masalah kepada anak-anak kita nanti. Belum bekerja sudah tertambat dengan hutang. Namun aku cuba mencari alternatif lain untuk mendapatkan biasiswa kerajaan negeri Perak dan Pulau Pinang. Tetapi masih di tahap mencari dan bertanya-tanya.

Di suatu petang Syuhadah menalipon, "Abah ada duit tak". "Kenapa", aku bertanya. "Adik nak beli alat-alat lukisan". "Adik nak berapa", tanyaku. "Em 20 ringgit sahaja". "Abah bagi duit dulu dah habis ke? aku bertanya lagi. " Adik ada simpan seratus untuk spare". Aku sudah dapat membaca bahawa wang seratus itu dia simpan untuk balik ke Penang nanti. "Takpa balik kerja nanti Abah bank in". Aku pun selepas kerja singgah di kedai Petronas dan bank ini RM30 walaupun yang diminta cuma RM20.

Aku hampir tiap-tiap hari menghubungi Syuhadah, entahlah aku ini rindu atau risau?

Tuesday, July 7, 2009

Selamat bermusafir dari Johor.

Kami tercagak-cagak mencari Dewan Serbaguna, besar juga Poly ini. Berpeluh juga dari asrama ke tempat belajar jika berjalan kaki.

Salam. Alhamdulillah. Barakallah sahabat yang dikasihi.
InsyaAllah. Kami sekeluarga selamat tiba ke Penang jam 3.30 petang Isnin 6 Julai 2009. Terima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan dan mendoakan permusafiran kami. Kami tidur di Kompleks JIM Pasir Gudang diatas bantuan Zulkarnain Ahmad dan Mokri (KBM) sahabat dari Pasir Gudang.

Selamat mendaftarkan Nursyuhadah dengan lancar dan tempatlkan dia di asrama. Satu bilik dua orang, rakan sebiliknya orang Keluang Johor jurusan pelancongan. Oleh kerana kami diantara yang datang awal maka prosess pendaftran tidak memakan masa yang panjang.

Nun di luar jendela, sebuah MPV merah yang banyak berjasa kepada kami. Membawa kami tanpa jemu ke mana sahaja. Sedia dengan tuannya. Mudahan Allah permudahkan perjalanan berkenderaan ini.

Nursyuhadah nampak biasa tetapi saya dapat rasakan jauh di hatinya perasaan tidak selesa berjauhan dengan kami. Malam pertama dia talipon emaknya Ida, dia mahu balik Penang. Aku hantarkan sms untuk memberi suntikan semangat kepadanya.

Ini pengalaman pertama bermusafir jauh bersendirian tanpa sahabat-sahabat. Terasa bezanya. Di sepanjang jalan banyak hubungi sahabat-sahabat khususnya Zulkarnain untuk panduan jalan jzkk.

Hari Khamis ini akan ke Ipoh pula menghantar Nurhidayah ke Kolej Politeknik Mara sambung Samester 3 insyaAllah. Moga doa sahabat-sahabat lagi. Semoga Allah berkati kita semua.

Barakallah. Hidup penuh dengan permusafiran. Semoga diberkati

Friday, July 3, 2009

Ke Johor Mendaftar Nursyuhadah Ke Politeknik

Pernah bermusafir ke Johor dengan YDP JIM PP Ir Hj Jamaluddin pada tahun 2008. Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.


Salam.
Alhamdulillah.
Barakallah ikhwah, akhawat dan rakan sekelian.


InsyaAllah
Saya akan ke Johor, sekeluarga mulai malam ini ke Tapah dahulu kampong tumpah darah ku menziahiri Ibu tercinta, esok 4 Julai 2009 Sabtu ke Sungai Buluh ada kenduri kesyukuran adik bongsuku Zaharah. Petangnya pula bercadang kemudian menuju ke Pasir Gudang mungkin singgah di mana-mana untuk berihat.

Kali ini ke Johor bertujuan untuk mendaftar anak ketiga saya Nursyuhadah ke Politeknik Pasir Gudang pada Ahad 5 Julai 2009 jurusan reka bentuk grafik.

Jzkk kepada yang telah memberi sumbangan bantuan kewangan. Juga saya perlukan doa restu di sepanjang bermusafir ini. Semoga diberi kekuatan dan kemudahan rohani, mental dan fizikal kepada kita semua. Akan balik ke Penang hari Isnin 6 Julai 2009 insyaAllah. Kerja hari Selasa.
Semoga semuanya selamat sejahtera hendaknya.
Jzkk kepada semua.