Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Friday, September 20, 2013

Ujian Hidup

Bila terbaca blog dan facebook sahabat-sahabat lain ada katanya adakalanya menitis airmata. Mereka diiuji dengan berbagai ujian. Ariff Budiman diuji dengan kematian isteri sebab dengan penyakit yang aneh. Beberapa perubatan moden dan tradisional telah diusahakan. Isterinya orang baik dan sentiasa membantu suami walau di mana dan tidak kira waktu. Sahabat dan jiranku, Abu Hanifah diuji dengan anak dan isteri. Dua sekali gus. Oh sungguh berat aku lihat tetapi aku dia yang memikulnya tente lebih lagi. Aku pula, dahulunya seingat aku seorang budak kecil yang biasa sahaja. Kreatif suka nmengutip barangan yang terbuang. Aku suka bertukang dan banyak benda yang aku buat sendiri sahaja. Di awal sekolah rendah di Pykett Methodis School di Anson Road, Penang tidaklah sebijak mana tetap biasa-biasa. Pergi ke sekolah dengan 'lanca' atau beca roda tiga yanag dikayuh dari belakang. Memasuki kelab muzik dan boleh bermain rekoder. kerap membuat persembahan di dalam dan di luar sekoelah. Semasa darjah enam pernah memenangi tempat ketiga di peringkat negeri dalam menulis karangan. Apabila ke sekolah menengah rasa amat sayu ...

Monday, September 9, 2013

Sobri kemalangan lagi.

Balik dari Seri Perdana, Putra Jaya pagi Sabtu 7 September 2013 itu aku masih tidur kerana sudah dua malam tidak menentu waktu tidurku. Perjalanan ini atas permintaan Pak Andak Majid bahawa beliau telah memilih 10 orang untuk ke Majlis Jamuan Aidil Fitri bersama PM di Seri Perdana. Sempat kami ziarah dua gelanggang di sana. Gelanggang Tok Malim di Gelambut dan Gelanggang Indera Bentara di Inst Perguruan Bahasa. Muhammad Sobri menganggu tidurku beberap kali kerana mahu RM50 untuk ke Queensbay mahu melepak katanya. Esok hari ahad kami bercadang dan bersetuju hendak menghantarnya ke Ipoh masuk ‘pondok’. Jadi dia kata mahu ‘enjoy’ puas-puas. Emaknya melarang dia pergi kerana banyak risikonya. Aku dikejutkan dengan bunyi talipon bimbitku jam 3.15 petang dan nombernya tidak aku ketehui. “Ini mungkin polis”. Bisikku di dalam hati. “Anak encik, Sobri jatuh motor di Kg Permatang Nibong dan sekarang dok tunggu ambulan. En teruslah ke Hospital Seberang Jaya”. Aku terus bangun dan bersiap ke Hospital Seberang Jaya. Kak Ida pun turut sama. Kami melalui Kg Permatang Nibong untuk meninjau apa-apa yang patut tetapi tidak tahu lokasi yang sebenarnya. Untuk seterusnya mungkin gambar-gambar ini dapt bercerita.







Monday, August 19, 2013

Aku, Dia dan Lagu.

Saban petang apabila melintasi Jambatan Pulau Pinang bersama Insan Marhaen semasa balik kerja aku akan tukar siaran radio kereta ke  Klasik FM. Slot 'Adila' Aku, Dia & Lagu, telah menambat hati. Dengan coretan-coretan yang dibaca oleh penyampai khas dengan penuh beremosi dan lagu-lagu lama yang menghambat jiwa serta meruntun kalbu. 

Mengimbau kenangan kanak-kanak dan remaja yang sungguh mengembirakan. Pada masa itu tiada apa yang dirisaukan. Celik mata ada sahaja aktiviti yang aku lakukan. Sedari kecil syukur tiada yang menyukarkan atau merisaukan ibubapaku. Mereka sentiasa percaya yang anak kecil mereka tidak akan melakukan aktiviti-aktiviti yang membimbangkan apatah lagi yang bersalahan dengan agama.

Tetapi kini lain sekali, anak-anak sentiasa memberi tekanan kepada ibubapa apabila keluar dari rumah. Kita pun maklum selain didikan di rumah dan di sekolah, rakan sebaya dan persekitaran juga mempengaruhi anak-anak ini.

Cuma nasihat dan peringatan yang mampu diulang-ulangi kepada mereka yang mereka tentu menganggap leteran-leteran semata-mata. Namun doaku kepada Allah tetap dipohon agar mereka selamat dan dilindungi sentiasa.

Ya Allah kurniakan kami kesejahteraan dunia dan akhirat.

Saturday, August 10, 2013

Back to normal.

Alhamdulillah dan taqabballahu minna waminkum. Sudah mulai tugas rutinku membawa Kak Ida ke pasar BM dan Penanti dan membeli barangan dapur untuk keperluan harian juga berniaga.

Jalan sedikit sepi mungkin ramai yang sambung berihat kerana terlalu letih. Atau mungkin awal lagi. Sementara tunggu Kak Ida di Pasar BM aku singgah makan roti canai telur dan teh O kurang manis. Sengaja tidak mahu tunjuk gambarnya kerana tidak mahu sahabat lain kata, "Mereka di Palestina mungkin tidak makan lansung", apatah lagi saudara Abdul Wahab Yahaya. Tok Guru Silat Petir aku  fi Sg Petani yang sangat aku hormati. Pernah beliau menjejakan kaki di bumi Palesni yang berkati itu.

Pagi ini cadang akan ke rumah terbuka YB Tuan Hj Rashid Bayan Baru di Tapak Pesta antara 11.00 pagi hingga 2.00 petang ini. Ini pun bergantung kepada Kak Ida yang akan sibuk membuat kuah laksa tempahan dari pelanggan tetapnya untuk hari ini dan esok.

Raya aku biasa sahaja, ziarah emak di Kg Lubuk Katak, Tapah, Perak. Kemudian Raya ke -2 balik Penang pula. Raya ke 3 baru hendak atur ke rumah mana akan pergi nanti.

Untuk sahabat dalam IKRAM kita di SPT jangan lupa ada Jamuan Syawal di ketiga-tiga Tadika kita; Taman Guar Perahu, Taman Baru Seberang Jaya dan Kondonium Perda. Juga kita seharusnya mengatur 'baraan' untuk ahli. Siapa naka jadi tekong?

Sunday, July 21, 2013

Malam-malam Ramadhan

Alhamdulillah masih diizinkan untuk melaksanakan solat sunat Tarawikh walaupun kebanyakan di rumah dan walaupun cuma lapan rakaat. Rugi jika kita tidak buat langsung sebab cuma di bulan ini sahaja ada sunat Tarawikh ini.

Bacaan Al Quran pun tidak banyak cuma beberapa ayat dalam sehari itu pun hanya di sebelah malam. Cuba juga pertingkatkan solat-solat sunat yang lain tetapi tidaklah banyak.

Sedekah pun sekali-sekali. Aku berharap Allah limpahkan Rahmatnya kepada aku. Sekarang aku masuk pusingan kedua Ramadhan aku bermohon agar Allah SWT mengurniakan keampunanNya kepada aku yang banyak berdoa ini.

Aku juga memohon agar Allah SWT memberi izin aku meneruskan ke punsingan akhir Ramadhan dan membebaskan aku dari Api Neraka kelak dengan kasih sayang Allah. Aku tahu amalanku tidak layak dan mampu menagih Syurga Allah yang teramat mahal itu.

Saturday, July 6, 2013

Aku tersentuh ingatkan Nana.

Semalam semasa aku duduk di sebelah Along yang memandu kereka ke Flat Hijau Sg Nibong adikku Mak Yang talipon mencerita yang dia berjumpa Nana 2 kali.

Pertama kerana cikgu sekolah Nana menghubunginya melalui bapa Nana yang mereka tidak boleh membuat IC Nana sebab Mak Yanglah nama yang layak kerana tercatit di surat beranak Nana nama Mak Yang. 

Kedua di Pejabat Pendaftaran semasa membuat IC Nana. Nana menangis kerana ingin mengikut Mak Yang. Manakala Mak Yang memujuknya yang buat ketika ini kami tidak mampu mengambil alih penjagaan Nana.

Sudah hampir 3 tahun kami terpisah. Nana menjadi anak asuhan aku sejak umurnya 3 tahun. Setelah 6 tahun bersama kami ibu kandungnya mucul dan menuntut penjagaannya. Perang besar juga kami beberapa kali di Pejabat Agama, di Balai Polis malah di rumah juga.

Aku terasa amat bersalah kerana tidak mampu mengambil Nana kembali kerana akur dengan undang-undang. Nana sentiasa didalam doa harianku agar dia baik-baik bersama ibu kandungnya. Tetapi sangkaan aku meleset sekali. Rupanya Nana di dera dan aku difahamkan telah berlaku kes polis.

Jauh di dalam hati aku ini masih mengharapkan Nana dapat kembali ke pangkuan kami walaupun dia cuma aanak angkat.

Ya Allah tenangkan jiwa aku, adik aku, keluarga aku jga keluarga Nana dan yang paling penting seekali diri Nana itu sendiri. permudahkan dan percepatkan proses ini. Amin ya Rabbal Alamin

Friday, June 7, 2013

Teringat masa dulu.

Memang kadang-kadang terimbau kenangan lama semasa anak-anakku masih kecil. Memang mudah kerana tidak perlu fikir jauh. Anak-anak ini akan sentiasa bersama di dalam semua aktiviti yang kami terlibat. Jarang sekali aku tinggalkan mereka di rumah.

Mereka tidak mempunyai banyak kerenah. Syukur alhamdulillah segalanya mengikut kata. Aku besarkan mereka bersama Kak Ida yang juga macam aku mempunyai minat dan aktiviti yang sama. Dari mula kami belum berkahwin lagi kami telah bersama jamaah yang kemudian muncul sebagai Jamaah Islah Malaysia. Dakwah dan kebajikan merupakan tungjang aktiviti kami. Kemudian bersama dalam transfomasi ke IKRAM, satu pertubuhan Tarbiah, Dakwah dan Kebajikan.

Kami sekeluarga bersama berkongsi minat yang sama memasuki Silat Gayong Pusaka. Terlampau banyak hendak diperkatakan namun cukup aku simpulkan kami benar-benar aktif dalam silat.

Aku memang lama lama tidak p\berkongsi dalam blog ini. Ini aku amat akui aku tidak fokus kerana mungkin sudah ada FB.

Semoga aku boleh dan mampu menyumbang.