Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Tuesday, October 17, 2017

KELAHIRANNYA MEMBERI AKU PANGKAT DATO'

Alhamdulillah, semoga kita semua diberkati dan diberi peluang dan ruang untuk berbakti. Ya lama tidak menulis, tetapi kali ini aku paksa diri ini untuk membuat sesuatu agar bakat yang tidak seberapa ini boleh dimanfaatkan dalam ruang yang entah ada ke yang masih sudi membacanya.

Gambar yang dilampirkan ini ialah gambar Nurhaura Binti Mohammad Idris, cucu pertama aku. Aku sudah Allah SWT kurniakan gelaran 'DATUK'. Alhamdulillah. Sekarang beliau lebih kurang 5  bulan umurnya in shaa Allah. Semoga kehadirannya membawa kecerian didalam keluarga kami. Aamiin.
Kemarin tanggal 16 Oktober 2017, pagi-pagi lagi telah mendorong aku untuk pergi menziarah Cikgu Ibrahim di Kampong Binjoi kerana anakanda tersayangnya telah kembali ke Rahmatullah setelah beberapa hari koma akibat tekanan darahnya yang terlalu tinggi dengan bacaan 260. Orangnya sangat muda, tetapi Allah SWT lebih menyayanginya. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan kasih sayang kepada arwah. Aamiin.

Kematian tidak mengira usia dan masa, yang pasti semua kita akan menghadapinya kelak. Maka sebab itu kita perlu sentiasa meningkatkan amal ibadat dan usaha kebajikan. Mari kita saling beringat-ingat kerana mungkin kadang kala kita terlupa.

Rebut 5 perkara sebelum lima perkara; kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, sihat sebelum sakit, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati. Allahu alam.







Wednesday, April 12, 2017

Perasmian Gelanggang Memanah.





Pada hari Sabtu 9 April 2017yang lalu, ingatan aku kembali segar teringat program memanah yang pernah aku sertai bersama sahabat JIM (Jamaah Islah Malaysia) dalam suatu perkhemahan “KEMUDI” Kem Membina Keunggulan Diri. Sebelum ke tapak perkhemahan di kawasan Air Terjun Sedim, kami perlu singgah di suatu kelab memanah indoor di Bukit Mertajam. Selepas mamanah baru diberi arahan untuk ke lokasi seterusnya. Inilah pertama kali aku berpeluang mencuba aktiviti sunnah ini secara serius. Aktiviti memanah sebegini memang aku sangat aku minati. Cuma sebelum ini aku buat dengan menggunakan panah buatan sendiri. Boleh tahan juga kebolehanku ini.

Di kawasan hujung, tanah lot di Taman Guar Perahu aku bersama DRAM (Dato Raja Abdul Majid) Yang Dipertua PSSPGM (Pertubuhan Seni Selat Pusaka Gayong Malaysia) dan Cikgu Hj Fadzil Umar Timbalan Yang Dipertuanya telah bersama di dalam Perlancaran Kelab Memanah di situ, Ini semperna Majlis Perlimau, Mandi Seni dan Teratai PSSPGM Cawangan Bagan. Tahniah Cikgu Nizam dan sahabat segayong yang lain, satu aktiviti yang mendapat sambut yang amat mengalakan dari masyarakat setempat. Gelanggang ini memang aktif dan hari latihan silatnya adalah pada hari Jumaat dan Sabtu selapas Solat Isyak. Untuk makluman kita, cawangan rasmi PSSPGM ini telah mencecah 48 buah yang berdaftar dengan ROS dan dari situ pula beranaung beberapa gelanggang di bawanya.

Bercakap mengenai silat Pusaka Gayong ini ingin aku kongsikan kenapa aku sangat  istiqamah dengannya. Pertama ilmu persilatannya memang unit. Berasal dari Kepulauan Bugis yang kemudian dikembangkan melalui keturunannya dan seterusnya Dato Meor Abd Rahman sebagai Mahaguru (suatu istilah bagi pengasas dan pimpinan tertinggi persilatan). Pelajarannya disusun begitu rapi dan diperturunkan dengan teliti secara praktikal berperingkat.

Kedua, setia kepada Raja, hormatnya kepada pemimpin, guru, alim ulamak, orang tua,  dan sesama segayong. Ketiga pula, disiplinnya yang tinggi dengan pemantauan Majlis Gurulatih dan Lembaga Adat Istiadat. Keempat amalannya, Surah Al Fatihah, Al Ikhlas dan Selawat Nabi menjadi rutin bacaan harian. Khatam Al Ikhlas 70 ribu merupakan wirit amalan untuk perisai diri dengan izin Allah SWT.

Amalan yang sangat aku kagumi ialah sedekah Surah Al Fatihah, Al Ikhlas dan Selawat Nabi dihadiahkan antaranya kepada kedua ibubapa kita setiap kali Buka dan Tutup Latihan. Rasa-rasa akulah, jarang atau mungkin tidak pernah kita sedekahkan sesuatu bacaan surah kepada ibubapa kita sekerap ini dan apatah lagi untu mereka yang masih hidup.

Jom Kita Bersilat !

Tuesday, January 24, 2017

MAAFKAN AKU!

Salamun alaik wa barkallah ya akhi wal ukhti dan salam sejahtera sahabat dan rakan taulan.

Maaf ya kerana lama tidak menulis di dalam bolg ini. Hendak dikatakan sibuk tidaklah sangat dan hendak dikatakan senang tidaklah juga. Cuma setelah bersara 55 tahun ini rasanya bukan selalu ada masa sangat kerana kalut semua nak dibuat. 

Namun keutamaan kepada keluarga dan jamaah sentiasa didahulukan. Bagi sahabat dan rakan taulan yang mengenali tentu lebih memahaminya.
Gambar di atas ini mempunyai kisah dan perkembangan aku yang mutakhir latest kata orang puteh. Tetapi sabarlah kerana tangan dan kekunci ini tidak berapa rasi lagi.

Tentu ada yang mengenali insan hebat di sebelah kanan ini. Gelaran pendeknya "DRAM". Jika hendak aku sambung cerita tolong tinggalkan komen anda.
W & J.