Tuesday, October 20, 2009
Empangan Mengkuang di pagi yang hening.
Jam sudah 7.00 pagi
Kenapa tidak bangun lagi
Kan kita sudah berjanji
Tiap Ahad ber PATT
Bukan kerana hadir YD
Bukan juga kerana Ustaz Rozee
Beriadah di pagi hari
Untuk kesihatan diri sendiri
Anak-anak liat selalu nak pergi
Mata mengantuk menguasai diri
Malas bertengkar di pagi hari
Hanya berdua umi dan abi
Senanam perut tidak dilupa
Barang juadah kongsi bersama
Rapat hubungan bertegur sapa
Erat ukhuwah sekian lama
Thursday, October 15, 2009
Berkelah bersama keluarga dan rakan-rakan.
Reka bentuk ciptaan kreatif 'meja buluh' projek JIM SPT di dalam program Kem Membina Keunggulan Diri di Sungai Trong Taiping 2007.
Berkelah dapat mendekatkan diri dengan Allah SWT. Dengan meneliti dan memikirkan segala ciptaan Allah yang Maha Hebat dapat mengukuhkan keimanan bertapa kerdilnya kita ini. Tiada nilai diri ini jika dikaji asal usul kita ini. Jadi tentu tidak layak kita menepok dada, sombong dan angkuh dengan sedikit kehebatan diri, ilmu serta harta-benda yang kita miliki.
Berdoalah agar dengan berkelah ini Allah campakan kedamaian dan ketenangan kepada minda, fizikal dan rohani kita. Disamping beribadah secara khusus seperti solat, puasa, zikir, bersedekah dan sebagainya yang yang pasti menjadi sebab-musabab yang akan mengundang pahala dengan ketenangan. Kita mohon Allah SWT menguniakan nikmat dan hikmahnya apabila kita bersama beriadah dengan berkelah bersama keluarga dan rakan-rakan ini.
Tanda mereka sepakat, sehati dan sejiwa pakaian pun serupa. Dahulu digelar "boria" sekarang dipanggil "sedondon dan yang tengah itu ialah Hajjah Eida Khairani Ketua Wanita JIM SPT sesi 2009~2011.