Ini posting istimewa sahabatku pada tahun 80an di Sungai Tembeling, Pahang. Masa itu kami dua-dua masing bujang tra tang tang. Dia memang sentimental sejak dari dahulu lagi. Kasut putih, seluar jeans dan T-shirt sendat, smart orangnya. Kami masih bersahabat sehingga hari ini.
Buka e-mail di tempat kerja tengahari tadi, "Li lunch nanti kita makan luar berdua, aku tunggu hang kat guard house 12.45 pm". Tanpa fikir panjang aku terus menjawab, "OK tapi naik kancil hang".
Aku dapat rasakan tentu ada sesuatu yang hendak diluahkan oleh sahabatku ini jadi aku memang bersedia untuk mendengarnya. Dia kini diuji dengan masalah keluarga. Isteri, anak, emak dan adiknya ... juga kewangan. Ini telah menjadi dia terlalu sibuk melayani tekanan demi tekanan. Aku sering berdoa agar Allah SWT menukar segala kepada yang lebih baik buat dia. Agar dia dapat kembali bersamaku dan sahabat lain dalam sedikit sebanyak aktiviti dakwah dan kebajikan kami.
Di sepanjang perjalanan aku mula bertanya hal-hal keluarganya Dia pun mula bercerita sedikit-sedikit. Aku masih tertunggu-tunggu apakah masalah yang utama dia hendak luangkan. Tetapi lama-kelamaan terbalik pula jadinya. Aku yang banyak meluahkan masalah aku kepadanya tanpa aku sedari. Dia pula yang menasihatiku. Terbalik kuang pula. Cukup time kami bergegas kembali ke tempat kerja.

Di tengah rimba raya dia masih membetulkan remosnya. Nak tahu di mana? Gunung Tahan Beb, tentu ada yang tidak percaya. Siapa dapat teka siapa sahabatku ini?
Dia menyuruh aku tulis masalah aku tadi ini agar dapat dikongsi dengan para blogger tapi aku menjawab, "Tentu mereka akan kata aku ini BODOH menghabiskan RM650 untuk anak". Namun aku bersyukur duit aku lesap tetapi anakku selamat. RM500 baru aku keluarkan dari simpanan Tabung Haji untuk keperluan lain dan RM150 akun pinjam duit seseorang.
Aku masih ingat Tok Guru aku Dr Danial Hj Zainal Abidin berpesan, "Diantara dua kemudaratan maka pilihlah yang ringan". Duit boleh cari tetapi keselamatan anak tiada nilainya. Sekali tersilap seumur hidup aku akan menyesal. Aku tidak mahu menyesal seumur hidup untuk berhadapan dengan risiko yang tidak menentu ini.