Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Wednesday, April 12, 2017

Perasmian Gelanggang Memanah.





Pada hari Sabtu 9 April 2017yang lalu, ingatan aku kembali segar teringat program memanah yang pernah aku sertai bersama sahabat JIM (Jamaah Islah Malaysia) dalam suatu perkhemahan “KEMUDI” Kem Membina Keunggulan Diri. Sebelum ke tapak perkhemahan di kawasan Air Terjun Sedim, kami perlu singgah di suatu kelab memanah indoor di Bukit Mertajam. Selepas mamanah baru diberi arahan untuk ke lokasi seterusnya. Inilah pertama kali aku berpeluang mencuba aktiviti sunnah ini secara serius. Aktiviti memanah sebegini memang aku sangat aku minati. Cuma sebelum ini aku buat dengan menggunakan panah buatan sendiri. Boleh tahan juga kebolehanku ini.

Di kawasan hujung, tanah lot di Taman Guar Perahu aku bersama DRAM (Dato Raja Abdul Majid) Yang Dipertua PSSPGM (Pertubuhan Seni Selat Pusaka Gayong Malaysia) dan Cikgu Hj Fadzil Umar Timbalan Yang Dipertuanya telah bersama di dalam Perlancaran Kelab Memanah di situ, Ini semperna Majlis Perlimau, Mandi Seni dan Teratai PSSPGM Cawangan Bagan. Tahniah Cikgu Nizam dan sahabat segayong yang lain, satu aktiviti yang mendapat sambut yang amat mengalakan dari masyarakat setempat. Gelanggang ini memang aktif dan hari latihan silatnya adalah pada hari Jumaat dan Sabtu selapas Solat Isyak. Untuk makluman kita, cawangan rasmi PSSPGM ini telah mencecah 48 buah yang berdaftar dengan ROS dan dari situ pula beranaung beberapa gelanggang di bawanya.

Bercakap mengenai silat Pusaka Gayong ini ingin aku kongsikan kenapa aku sangat  istiqamah dengannya. Pertama ilmu persilatannya memang unit. Berasal dari Kepulauan Bugis yang kemudian dikembangkan melalui keturunannya dan seterusnya Dato Meor Abd Rahman sebagai Mahaguru (suatu istilah bagi pengasas dan pimpinan tertinggi persilatan). Pelajarannya disusun begitu rapi dan diperturunkan dengan teliti secara praktikal berperingkat.

Kedua, setia kepada Raja, hormatnya kepada pemimpin, guru, alim ulamak, orang tua,  dan sesama segayong. Ketiga pula, disiplinnya yang tinggi dengan pemantauan Majlis Gurulatih dan Lembaga Adat Istiadat. Keempat amalannya, Surah Al Fatihah, Al Ikhlas dan Selawat Nabi menjadi rutin bacaan harian. Khatam Al Ikhlas 70 ribu merupakan wirit amalan untuk perisai diri dengan izin Allah SWT.

Amalan yang sangat aku kagumi ialah sedekah Surah Al Fatihah, Al Ikhlas dan Selawat Nabi dihadiahkan antaranya kepada kedua ibubapa kita setiap kali Buka dan Tutup Latihan. Rasa-rasa akulah, jarang atau mungkin tidak pernah kita sedekahkan sesuatu bacaan surah kepada ibubapa kita sekerap ini dan apatah lagi untu mereka yang masih hidup.

Jom Kita Bersilat !