Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Saturday, January 2, 2016

Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.


Dalam perjalanan ke Kota Tinggi, Johor pada tanggal 30 Oktober 2015 yang lalu, teruja sangat apabila bertemu dengan Cikgu Sazali Salleh @ Dato' Meor Abd Rahman. Beliau merupakan Waris Amanah PSSGM di salah satu R&R di selatan yang aku tidak ingat di mana.. Rombongan kami beserta Dato' Raja Abd Majid, Cikgu Hj Fadzil dan Cikgu Ismail Chik, guru yang banyak mendidik dan melatih aku, serta beberapa gurulati Pusat. Cigu Sazali dalam perjalanan memenuhi jempatan dari Singapura.


Pada awal pagi 31 Oktober 2015 itu hari Sabtu aku keluar beriadah seorang diri. Di persimpangan jalan terpandang petanda jalan di gambar di bawah. Kampong Lukut pernah aku ke mari satu ketika dahulu zaman kanak-kanakku. Di kampong ini ada ramai kaum kerabatku sebelah emakku. Pakcik Sulaiman orang ternama pada ketika itu.



Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang merakamkan banyak kisah kenangan silam bagi pejuang silat. Makan ini di sebelah sebuah masjid. Dijaga rapi oleh orang-orang berwajib. kami mengajak Cikgu Majid bersama tetapi aneh beliau menolak. Aku berpandangan mungkin beliau ada keturunan Bentan. Tetapi kenapa Cikgu Shamputra berani menziarahi makam ini?





Inilah Makam Sultan Mahmud, kami sedekahkan beberapa bacaan ayat suci Al Quran semoga Ruh Almarhum diberkati dan bersama yang diampuni Allah SWT.
Bacalah cacatan di bawah ini agar kita dapat mengetahui sejarah Kota Tinggi ini. Ziarahilah jika ada peluang dan ruang. Alhamdulillah akhirnya di sebelah Maghrib kami sempat menziarahi Pusaka Panglima Bentan, Megat Seri Rama dan isterinya Dang Anum.


Seperti gambar yang di bawah ini. Cikgu Majid sangat bersemangat apabila melihat pusara ini. Beliau menyatakan kepadaku sebab beliau tidak mahu menziarahi Makam Sultan Mahmud kerana teramat sayu apa yang diperlakukan oleh Sultan kepada Dang Anum isteri Panglima Bentan itu.