Muhammad Sobri tertidur mungkin keletihan atau boring semasa menemani aku bermesyuarat di KL. Aku dan isteriku sering membawa beliau bersama bila khuatiar beliau tinggal keseorangan di rumah. Petang tadi aku menghatar sms kepada IM yang berbunyi, "Tiada teman minum petang le hari ini". Beliau menjawab, "Esok masih ada". Hari ini aku terasa boring kerana time makan tiada IM yang biasanya teman aku berborak-borak sambil tertanya khabar masing-masing. Hari ini beliau ke RSK anak syarikat kilang kami di Kulim. Hari Khamis ini 13 Januari 2011 giliran aku pula ke sana dengan misi mengajar kepada pekerja di sana mengenai 'kesilapan manusia'.
Ini rumah sementaraku dan bersama kesemua keluarga di sebelah isteriku Ida semasa Hari Raya beberapa tahun lalu.
Cuma aku merasa teramat risau bila membaca balasan sms IM kerana aku khuatiar jika esok tiada bagi aku. Bagaimana halnya keluargaku? Anak dan isteriku? Emak dan adikku di kampong? Lebih-lebih lagi anak bungsuku Muhammad Sobri tentu akan lebih terkesan. Rasa belum puas aku bersamanya. Tidak lupa juga anak-anakku yang lain. Mungkin mereka sudah cukup matang untuk berdikari. Tetapi aku masih risau.
Belum puas bersama anak-anak, bagaimanakah jika Allah memanggil aku kembali?
Aku cuma ada sebuah rumah dan kereta yang akan ditinggalkan. Alhamdulillahtelah beres bayaran ansuran pinjamannya. Cuma tinggal satu sahaja hutang pinjaman peribadi semasa mengubah suai rumah dan membayar balik kesemua ansuran kereta. Tetapi jangan risau anak-anakku jika abah meninggal syarikat insuran akan bayar balik pinjaman tersebut. Itulah yang aku faham semasa membuat pinjaman tersebut.
Mungkin tiada wasiat khusus dariku, pandai-pandailah kamu semua mengurusnya setelah kamu urus jenazah abah nanti. Pesan aku kepada kalian, pelihara ibadah kamu, jaga akhlak, aurat dan pergaulan dan teruskan bersama jamaah khususnya IKRAM.
Semoga Allah SWT memberi keampunanNya dan mengizinkan kita menumpang di JannahNya.