Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Showing posts with label Menerajui pandangan masyarakat.. Show all posts
Showing posts with label Menerajui pandangan masyarakat.. Show all posts

Wednesday, April 27, 2016

Kaedah Kira Zakat KWSP


Sengaja aku lampirkan artikel di bawah ini untuk manfaat kita bersama yang aku kira sudah atau akan hampir mendapat pulangan daripada KWSP ini. Jika hendak duit kita berkat mari kita bayar zakat. Ianya bukan wang denda atau dipaksa. Ianya ialah peluang beribadat yang diberi untuk mematuhi perintah Allah SWT. Bukan banyak sangat cuma 2.5% sahaja dari yang kita dapat itu. Itu sebenarnya pelaburan akhirat kita. Mari kita hayati bersama.


Kategori: Info Zakat Diterbitkan: 13 Mei 2014

Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diwajibkan zakat apabila dikeluarkan daripada simpanan tersebut. Ia berkonsepkan zakat simpanan atau mata wang. Jumhur Ulama' Fiqh sependapat mengatakan wajib zakat pada mata wang. Mata wang tersebut telah menggantikan mata wang emas dan perak yang digunakan oleh oran-orang Arab terdahulu dalam berurusniaga sebelum kedatangan Islam. Mata wang emas dikenali sebagai dinar dan mata wang perak sebagai dirham. Setelah Rasulullah S.A.W diutus menjadi Rasul, maka dinar dan dirham telah diiktiraf sebagai mata wang yang sah bagi orang-orang Islam untuk berurusniaga. Kewajipan zakat wang simpanan ini bersandarkan dalil-dalil Al-Quran dan Hadith Nabi S.A.W.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

".....Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka (dengan balasan) azab seksa yang tersangat pedihnya. (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan hartabenda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselarkan dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (lalu dikatakan kepada mereka):"Inilah apa yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, oleh itu rasakanlah azab dari) apa yang kamu simpan itu" (At-Taubah: 34-35)

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

"Tiadalah bagi pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya untuk menunaikan zakat keduanya, melainkan di hari kiamat ia didudukkan di atas pedang batu yang lebar dalam neraka, maka dibakar di dalam neraka jahanam, diselar di pipi, kening dan punggungnya. Setiap kali api itu padam maka dipersiapkan lagi baginya (hal serupa) untuk jangka waktu 50 ribu tahun, sehingga selesai pengadilan semua umat manusia, maka dia melihat jalannya, adakah ke syurga atau neraka". (Riwayat Muslim).
Wang KWSP ialah wang simpanan milik individu yang disimpan dalam KWSP sepanjang tempoh perkhidmatan dan ianya telah mencukupi kesemua syarat-syarat wajib kecuali syarat "Sempurna Milik". Syarat "Sempurna Milik" akan dipenuhi sebaik sahaja wang tersebut dikeluarkan dari KWSP. Pengeluaran boleh dibuat semasa berkhidmat ataupun bersara

Kalkulator pengiraan Zakat KWSP 

Contoh:
Jumlah pengeluaran = RM 20,000

Zakat = RM 20,000 x 2.5% = RM 500

Thursday, August 23, 2012

Kini Aku Kembali

Salam alaik. Alhamdulillah dan barakallah. Ini hendak cuba hidupkan kembali blog ini semoga akan dapat terus berkarya dengan istiqamah. Hari ini sempat puasa sunat Syawal kiraan hari pertama dan esok insyaAllah akan sambung sehari lagi. Kemudian rancang teruskan empat  hari pada minggu hadapan. 

Mari kita laksanakan puasa sunat enam hari Syawal ini. Jika boleh terus enam hari silakan jika tidak ikut mana aku minggu ini dua hari dan diikuti empat hari minggu depan. Janji kita buat.

Friday, April 22, 2011

Usrah suatu ikatan ukhuwah

Dari kiri Muaz bercita-cita ingin ke UIA bidang undang-undang, Mustafa dan Luqman lepasan STAM menunggu ke IPT dan kanan sekali Imad adik Mustafa akan temuduga Isnin ini untuk lalauan ke Australia. Semoga Allah memberi ketenangan dan memudahkan mereka ke IPT yang dipohon Amin.



Baru sahaja habis berusrah dengan anak-anak remaja ini di rumah aku. Malam ini tidak ramai yang hadir, mungkin ada hal-hal yang penting yang memungkinan ketidak-hadiran mereka. Namun rutin ini wajib diteruskan. Aku diamanahkan memimpin anak-anak remaja ini agar mereka berkemampuan meneruskan risalah dakwah ini bersama jamaah IKRAM.



Malam ini aku memilih tajuk mengenai persoalan USRAH itu sendiri dan mengujudkan perbincangan di kalangan kami. Aku kutip kata-kata daripada Al Ustaz Hassan Al Banna yang menjadi pelupur gerakan Islam masakini, menyebut "Usrah adalah ikatan perpaduan. Dipimping ke arah contoh-cantoh amalan yang terpuji. Meningkatkan mutu persaudaraan atau ukhuwah, tingkatan percakapan biasa dan pandangan teori kepada perbuatan dan amalan."



Kami kutip lagi kata-kata Al Ustaz Mustafa Masyhur, " Usrah itu usaha pembinaan jamaah. Halaqah ilmu dan tarbiah. Ta'awun, persefahaman, bahu-membahu, bekerjasama dan menyelesaikan masalah. Tingkatkan kasih sayang, nasihat dapar diberikan dan diterima serta dimanfaatkan."


Walaupun aku sendiri keletihan kerana tugasan seharian namun aku bersyukur dapat bersama anak-anak remaja ini. Semoga kita boleh mampu istiqamah meneruskan agenda pembentukan diri dan jamaah ini. Tiada jalan pintas dalam urusan tarbiah ini walaupun apa alasan kita dan aku merasa mereka amat beruntung kerana telah berpeluang menerima sentuhan dan belaian tarbiah dalam peringkat muda lagi. Semoga diberkati. Mulakan perubahan yang baik dari sekarang. Jangan ditunggu-tunggu kerana masa itu tiada boleh dibelakangkan. Mari bersama dalam kerja-buat yang baik, solaeh dan musleh ini. Mari !

Sunday, January 2, 2011

Mengeluh harga barangan naik tak selesai masalah

Ole-ole untuk pengundi sarat penuh dalam sebuah MPV untuk diberi semasa musim pelihanraya baru-baru ini.

Adakah harga barangan naik ini satu phenomena yang mesti bagi menstabil ekonomi? Ataupun ianya satu jalan pintas untuk menstabilkan kedudukan beberapa kumpulan individu yang mempunyai pengaruh?

Mari kita cuba ungkaikan perkara ini. Jika benar terpaksa naikkan harga untuk kestabilan ekonomi kita harus melihat 'input dan output'. Thoeri manusia dapat dilihat seimbang jika kedua-dua ini kemasukan gaji (pendapat) dan keluarannya (perbelanjaan) seimbangan. Gaji RM2000 berbelanja RM2000. Ini kira baik sahaja.Tetapi tersangat bahaya harus berhati-hati. Tiada 'back up system'

MARFEL pemantau bebas pilihanraya. Mengapa perlu pemantau jika sistem pilihanraya kita yang terbaik?

Jika gaji RM2000, berbelanja RM1700 dan baki RM300 disimpan maka itu bijak dan berjimat namanya. Ini mungkin hasil perancangan untuk berjimat dan ikat perut ketika perlu. Tidak perlu bermewah-mewah selalu dan hidup penuh kesederhanaan.

Manakala jika Gaji RM2000 dan berbelanja RM3500 maka sudah tentu itu berbelanja tersangat lebih atau mungkin ke tahap boros.Hasilnya akan mengundang berbagai masalah kepada keluarga dan mungkin masyarakat.
Tinjauan pihak MARFEL ke kawasan pilihanraya. Mereka ini sukarela dan tiada digajikan atau di beri elaun-elaun.
Ini perkara yang di atas dapat kita kawal mengikut kapasiti diri sendiri. Namun seperkara lagi, bagi mereka yang mengawal dan mempunyai kuasa penentu, sudah tentu harus punyai fikiran yang sama. Merancang dengan teliti impaknya kepada orang ramai. Jika dinaikan harga barangan dan gaji pendapatan masih di tahap lama maka akan berlaku satu kekurangan. Ini sudah pasti mengundang masalah juga. Keseimbangan tadi telah diubah disatu sudut sahaja tanpa diimbangan sebelah yang lain.

Maka jika kita menjadi pisau untuk mengiris timun. Kita berhak untuk membuat corak hirisan kita itu. Tetapi berwaspada jika kita jadi mentimun dan hendak berlawan dengan durian perlu ada penyatuan tenaga dan kesempatan yang bijak dalam bentuk kolektif. Ini kita maklumi dalam sistem demokrasi. Jangan abaikan peluang dan hak untuk memilih durian yang baik dan dapat memenafaatkan semua pihak.